Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAULIDUR RASUL: KAMPONG BHARU BERSELAWAT DIHADIRI LEBIH 1,000 JEMAAH

DALAM NEGARA

MAULIDUR RASUL: KAMPONG BHARU BERSELAWAT DIHADIRI LEBIH 1,000 JEMAAH

Program Kampung Bharu Berselawat diisi dengan tausiyah yang disampaikan oleh pendakwah Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki serta alunan selawat dan qasidah dipimpin oleh kumpulan nasyid Firqah Az-Zawraq.

KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 jemaah memeriahkan program Kampong Bharu Berselawat Santuni Madani Kampung Angkat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Jamek Kampong Bharu, di sini malam tadi.

Program Kampung Bharu Berselawat diisi dengan tausiyah yang disampaikan oleh pendakwah Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki serta alunan selawat dan qasidah dipimpin oleh kumpulan nasyid Firqah Az-Zawraq.

Program yang dianjurkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Masjid Jamek Kampong Bharu bersempena sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan 1446H itu dalam usaha menyemarakkan lagi semangat kecintaan dan penghayatan terhadap sunnah baginda dalam segenap aspek kehidupan.

Menurut JAWI, Kampung Sungai Baru, Kampung Baru dipilih sebagai Kampung Angkat Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pada Julai lepas.

Susulan itu, beberapa siri program dan aktiviti digerakkan bersama-sama agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi manfaat penduduk setempat meliputi bidang kebajikan, pendidikan, pembangunan dan penghayatan Islam.

“Penganjuran program berkenaan berhasrat untuk menterjemahkan gagasan yang terkandung dalam Pelan Tranformasi Al-Falah kepada masyarakat ke arah mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi berpandukan contoh dan teladan yang ditunjukkan oleh baginda Nabi Muhammad SAW,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain Mohd Na’im, program tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Kamaldin Mohd Damin dan Pengerusi Masjid Kampong Bharu Datuk Mohd Khay Ibrahim.

Mengulas lanjut, selain penganjuran majlis tersebut, pelbagai aktiviti dan program bermanfaat sempena Maulidur Rasul SAW giat dianjurkan di masjid dan surau seluruh Wilayah Persekutuan sebagai usaha berterusan untuk menyemarakkan aktiviti pengimarahan masjid dan surau dengan pelbagai program yang menyatupadukan masyarakat.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading