Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT LELAKI DEWASA DITEMUKAN TERAPUNG DI TAMAN TASIK DANAU KOTA

DALAM NEGARA

MAYAT LELAKI DEWASA DITEMUKAN TERAPUNG DI TAMAN TASIK DANAU KOTA

 Mayat lelaki dewasa yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan terapung di tengah-tengah tasik di Taman Tasik Danau Kota, di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Gambar: JBPM KL

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki dewasa yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan terapung di tengah-tengah tasik di Taman Tasik Danau Kota, di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan itu pada 8.16 pagi sebelum mengarahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak ke lokasi kejadian.

Komander Operasi Zulkefri Abdul Malik berkata sepasukan tujuh anggota bersama jentera Fire Rescue Tender digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati satu mayat lelaki dewasa terapung di tengah tasik. Anggota operasi menggunakan tali dan pengusung (stretcher) untuk membawa mayat ke tebing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat berkenaan berjaya dibawa naik kira-kira 40 minit kemudian pada 8.56 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading