Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BULI JUNIOR: DUA LAGI PELAJAR MRSM BESUT DIREMAN TIGA HARI

DALAM NEGARA

BULI JUNIOR: DUA LAGI PELAJAR MRSM BESUT DIREMAN TIGA HARI

Sebelum ini, lima pelajar di sekolah sama berusia 15 hingga 17 tahun yang dipercayai turut terlibat dengan kes buli, ditahan reman hingga esok.   

KUALA TERENGGANU: Dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Besut yang ditahan petang semalam direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes buli pelajar di sekolah berkenaan. 

Perintah reman terhadap kedua-dua remaja berusia 15 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Yuhanis Mohd Roslan di Mahkamah Majistret di sini, untuk siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dijalankan.

Kedua-dua pelajar berkenaan ditahan 4 petang semalam selepas hadir bersama keluarga ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut untuk membantu siasatan.

Sebelum ini, lima pelajar di sekolah sama berusia 15 hingga 17 tahun yang dipercayai turut terlibat dengan kes buli, ditahan reman hingga esok.   

Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad@Abu sebelum ini berkata setakat ini dua pelajar lelaki Tingkatan Dua di MRSM Besut mendakwa menjadi mangsa buli beberapa pelajar senior di asrama pada 11.30 malam Selasa lepas.

Seorang daripada mangsa mendakwa telah dipaksa untuk duduk dalam keadaan separa mencangkung, diletakkan selipar di kepala selama 40 minit, ditumbuk di perut dan ditampar sehingga menyebabkan mangsa mengalami sakit di perut dan rusuk kanan serta lebam di belakang badan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading