Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SIASAT PENEMUAN BAYI LELAKI CUKUP SIFAT DI TEPI JALAN

DALAM NEGARA

POLIS SIASAT PENEMUAN BAYI LELAKI CUKUP SIFAT DI TEPI JALAN

Polis sedang menyiasat penemuan seorang bayi lelaki yang dibungkus dalam beg plastik di tepi jalan berhampiran sebuah masjid di Kampung Api-Api, Kuala Selangor, malam semalam. 

SHAH ALAM: Polis sedang menyiasat penemuan seorang bayi lelaki yang dibungkus dalam beg plastik di tepi jalan berhampiran sebuah masjid di Kampung Api-Api, Kuala Selangor dekat sini malam semalam. 

Ketua Polis Kuala Selangor Supt Azaharudin Tajudin berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan bayi yang dalam keadaan cukup sifat itu oleh pihak Hospital Sungai Buloh pada 9.11 malam. 

“Hasil siasatan awal, bayi yang dijumpai orang awam itu dalam keadaan matang dan cukup sifat dengan berat 2.135 kilogram, berusia kira-kira kurang seminggu dan tali pusat masih sempurna,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata bayi berkenaan kini ditempatkan di Hospital Tanjong Karang bagi tujuan pemeriksaan kesihatan selain menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat untuk hadir ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Siti Mazliah Azizi di talian 017-664 9100. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading