Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Mayat nahas jambatan Pulau Pinang ditemui

DALAM NEGARA

Mayat nahas jambatan Pulau Pinang ditemui

Seorang remaja terkorban dalam nahas jambatan Pulau Pinang – Foto Sinar Online

GEORGETOWN, 23 Januari – Mayat mangsa dalam kemalangan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terhumban ke dalam laut Ahad lepas ditemukan dalam keadaan masih sempurna biarpun sudah terperangkap di dalam kenderaan itu hampir tiga hari.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk T Narenasagaran berkata, mayat pelajar kolej swasta, Moey Yun Peng, 20, masih berada di tempat duduk pemandu semasa kenderaan itu berjaya dikeluarkan dari laut kira-kira pukul 6.00 petang tadi di Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang di sini.

“Kereta remuk teruk akibat kemalangan, namun (keadaan) fizikal mangsa masih sempurna dengan tali pinggang keledarnya masih terpasang,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian.

Sinar Online melaporkan operasi untuk mengeluarkan kenderaan itu mengambil masa selama tiga hari dan berdepan beberapa kesukaran yang antaranya termasuk faktor cuaca dan arus laut yang deras.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading