SEORANG wanita berusia 55 tahun dari Pulau Pinang menghubungi saya untuk mendapatkan nasihat. Isunya, sejak 22 tahun berkahwin, dia sering dibelasah suaminya.
Mengapa selepas 22 tahun baru berasa takut?
Suaminya tidak berkerja dan baru saja berkahwin dengan isteri muda
sebulan lalu. Perkahwinan di selatan Thailand. Setelah mengetahui isteri tuanya
tidak lagi bekerja sebagai pembantu kantin sejak November lalu kerana cuti
sekolah, suaminya sangat marah.
Apakah tidak wujud jenayah keganasan rumah tangga bagi kes serangan fizikal yang lengkap dengan laporan perubatan? – Gambar hiasan
Akibat tidak lagi mendapat wang kerana isteri mengutamakan hasil
simpanan untuk menanggung anak yang belajar dalam jurusan perubatan di
universiti tempatan, suaminya pun menyinga. Sejak November lalu, wanita ini
dibantai hingga tidak mampu berjalan.
Pembantaian itu makin ganas hingga mangsa terpaksa ke hospital. Selain
itu, wanita ini hidup dalam ketakutan dan mengalami sindrom kemurungan.
Menyedari dirinya mula memikirkan niat untuk membunuh diri, saya menasihatkan
wanita ini mendapatkan rawatan psikiatrik. Cuma, walaupun mangsa segera ke
hospital dan mengadu keadaan mentalnya yang tidak stabil, temu janji rawatan
pakar hanya dapat diatur dalam tempoh tiga minggu.
Ini satu fobia tambahan kerana dirinya makin kerap dilanda gangguan
perasaan mahu membunuh diri.
Laporan polis sudah dibuat entah kali ke berapa. Cuma, kali ini dengan
berbekalkan laporan polis terbaharu, wanita ini dinasihatkan melaporkan kesnya
ke Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).
Jadi, wanita ini segera pergi membuat aduan. Berbekalkan laporan polis,
wanita ini bergegas ke JAIPP. Satu sesi kaunseling diatur pegawai agama dengan
memanggil wanita bersama suaminya.
Namun, proses kaunseling itu gagal kerana suaminya bertindak kasar dan
hampir memukul pegawai agama yang memberikan nasihat. Sesi berakhir begitu
saja. Wanita ini berhajat menuntut fasakh. Prosesnya mungkin memakan masa
berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Itu makluman pihak JAIPP.
Wanita ini benar-benar putus harapan kerana tekanan ketakutan dan
kemurungan semakin teruk. Mustahil dia mampu melalui proses yang memakan masa
begitu lama. Ditambah beban suaminya bebas keluar masuk ke rumah selagi tiada
perintah mahkamah syariah.
Sebagai wanita tanpa pendidikan, dia tidak tahu apa yang patut
dilakukan. Keupayaan terbatas dalam memahami sistem perundangan dan hak-hak
sebagai wanita dan isteri menjadikan keadaan makin sukar. Kecelaruan fikiran
dan kemurungan menyulitkan lagi kekuatannya untuk berjuang.
Persoalannya: Mengapa langkah-langkah perlindungan tidak dibuat oleh polis? Apakah tidak wujud jenayah keganasan rumah tangga bagi kes serangan fizikal yang lengkap dengan laporan perubatan?
Atau, bagi kes-kes suami isteri, isu keganasan rumah tangga harus dirujuk dan diselesaikan di pejabat agama dan tidak dianggap kes jenayah?Agak aneh, ketika keganasan berlaku dengan laporan perubatan yang lengkap, tindakan seterusnya hanyalah proses kaunseling agama.
Wanita ini hidup ketakutan hampir dua bulan. Suami masih pulang ke
rumah dan terus memberikan tekanan mental dan fizikal kerana wanita ini masih
tidak mendapat kerja. Kata-mata makian dan ugutan pembantaian terus dilakukan
secara berleluasa.
Kalau soalan ini ditanya pada polis, pasti banyak jawapan yang
membingungkan akan diberikan. Jawapan yang paling muluk ialah, pergi ke pejabat
agama. Di pejabat agama pula, walaupun dicederakan, wanita ini harus ke
mahkamah syariah untuk mendapatkan fasakh. Syaratnya pula, mesti mendapatkan
peguam. Mudah cerita, sediakan wang, sediakan dokumen bukti dan sediakan
senarai saksi.
Secara sinisnya, di negara ini wanitalah yang paling dibela. Malaysia
negara yang mengamalkan hak upah kerja sama rata bagi pekerja lelaki dan
wanita. Lebih hebat berbanding Amerika Syarikat. Malah, puluhan NGO yang melindungi
wanita ditubuhkan dengan menerima sokongan kerajaan, dana korporat dan
sumbangan awam.
Di negara ini, wujud undang-undang melindungi wanita daripada keganasan
dalam apa juga bentuk pembulian mental dan fizikal. Itu kehebatan negara ini
sejak dulu lagi. Wanita negara ini tidak boleh diapa-apakan sekali pun dijentik
telinga.
Namun, kes wanita di Pulau Pinang ini antara ribuan kes keganasan rumah
tangga dan masalah ketidak adilan dalam perkahwinan yang selalunya berlarutan
tanpa tindakan penyelesaian kongkrit.
Apabila jenayah keganasan rumah tangga berlaku, soal hak asasi wanita
yang kononnya hebat di negara ini bagaikan tidak wujud. Sistem menguruskan
pembelaan tidak berantai dari hospital ke balai polis. Atau dari pejabat agama
ke Biro Bantuan Guaman. Sistem antara semua pihak berwajib ini masih lagi silo
dan saling tidak berinteraksi.
Dari proses di hospital ke balai polis sampailah ke pejabat agama,
isunya jadi rumit dan tidak membantu mangsa. Isteri yang dijadikan beg
belasahan suami di rumah, selalunya akan kembali ke rumah dan terus menjadi
mangsa.
Artikel ini hanya berminat pada soalan rantaian bantuan. Soal mengapa
masih silo dan tidak diselaraskan supaya efisien. Apa lagi, mangsa sukar
berdikari kerana berada dalam kekusutan.
Tidak payahlah disenaraikan fakta-fakta dan angka-angka kes keganasan
rumah tangga di negara ini untuk rujukan. Atau, menyenaraikan undang-undang dan
hak isteri untuk diberikan perlindungan. Lagi banyak kita senaraikan fakta,
kita akan berasa semakin sakit hati.
Fakta dan proses adalah dua isu lapuk untuk ditulis kembali. Soal
paling utama ialah peranan manusia yang wujud dalam rantaian proses.
Pihak terbabit perlu lebih proaktif dalam menangani kes keganasan rumah tangga. – Gambar hiasan
Manusia yang berada di hospital sebagai penerima kes keganasan rumah
tangga, anggota polis yang menerima laporan dan pegawai jabatan agama yang
menerima aduan. Semuanya hanya berfungsi untuk ditemui. Tetapi sukar memberikan
bantuan penyelesaian.
Semua pihak dalam lingkaran kes ini, tidak berperanan proaktif. Selain
menawarkan bantuan menyiapkan kertas laporan dan sesi kaunseling. Semua orang
bekerja seperti mennyiapkan baton untuk mangsa dan tugas mangsa ialah
menyerahkan baton ini dari satu tempat ke satu tempat.
Wanita ini berbual dengan saya dengan gangguan depresi dan fobia yang
teruk. Saranan untuk bertemu pakar jiwa bagi mendapatkan ubat untuk menenangkan
kecelaruan fikirannya, hanya berhasil setakat mendapat tarikh temu janji dua
minggu lagi. Wanita ini mengadu dalam keadaan takut kerana dia mungkin segera
mahu membunuh diri.
Justeru, saya cemas. Selain menasihatkan apa yang perlu, saya juga
menulis rencana ini untuk perhatian pihak berkuasa.
Ertinya, dalam kes wanita ini, wartawan pun masuk ke lingkaran yang
sama seperti doktor, polis dan pegawai agama. Semuanya hanya menulis laporan
tanda baton sudah diterima.
Esok, kalau wanita ini terjun jambatan Pulau Pinang dan mati lemas,
wartawan dan doktor, serta polis dan pegawai agama pasti akan menyimpan baton
aduan wanita ini di bawah meja.
Kita akan melupakan baton ini kerana kesnya sudah berakhir. Jadi kertas-kertas laporan tinggal jadi perhiasan dan kenang-kenangan.
* Zainal Rashid Ahmad ialah wartawan dan penulis sastera. Beliau telah memenangi 38 hadiah sastera.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked