Bangsa Malaysia – Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat
Jika diukur “suhu” dan sentimen perpaduan dalam kalangan warga Malaysia ketika ini, ia barangkali mencecah paras demam.
Ini ekoran asakan isu rentas agama dan kaum yang mendominasi media massa dan media sosial yang tidak putus sejak akhir-akhir ini.
Dari isu kontroversi membabitkan penceramah Dr Zakir Naik, tulisan Jawi, Dong Zong hinggalah kepada isu gerakan “boikot” produk bukan Islam, ini semua menguji keutuhan perpaduan kita, bangsa Malaysia.
Isu-isu sebegini menguji tahap perpaduan warga Malaysia yang disifatkan oleh Prof Ulung Dr Shamsul Amri Baharuddin sebagai berada dalam keadaan “stable tension” atau kestabilan yang tegang.
Perpaduan “stable tension” itu menurut Prof Shamsul Amri yang juga Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah sesuatu yang unik bagi negara non-homogenus (berbilang bangsa dan kaum) seperti Malaysia.
Ia ibarat tali gitar yang seharusnya tegang untuk menghasilkan getaran mengeluarkan bunyi saat talinya dipetik dan seterusnya menghasilkan melodi. Lunak atau tidak melodi itu adalah perkara kedua yang terbuka kepada perdebatan.
Persoalannya adakah kestabilan tegang itu sesuatu yang rutin dan tidak membinasakan bagi bangsa Malaysia atau ia ibarat bom jangka yang akan memusnahkan?
Mendepani isu perpaduan ini, media massa sebenarnya masih mempunyai pengaruh besar kepada sentimen dan pemikiran masyarakat, sekalipun media sosial mendominasi rutin kehidupan kita dalam mengakses berita dan maklumat.
Ini kerana media massa seperti mana disimpulkan dalam “Magic Bullet Theory” memberikan pengaruh besar kepada audiens atau dari kerangka teori pembingkaian atau “Framing Theory” berita dan maklumat yang disampaikan kepada rakyat.
Jesteru itu, langkah Sinar Harian dan Sin Chew Daily bekerjasama untuk membuat liputan berita mengenai keharmonian antara kaum di platform masing-masing patut dipuji semua pihak.
Program seumpana Wacana Perpaduan Sinar Harian bertajuk “Malaysia Selepas 62 Tahun Merdeka” yang diadakan di Sin Chew Daily (akhbar berbahasa Cina) di Petaling Jaya adalah sesuatu yang unik dan menyegarkan dalam konteks hubungan kaum dan perpaduan.
Wacana yang dikendalikan personaliti TV AlHijrah, Finaz Yunus itu menampilkan Ketua AMK, Akmal Nasir; bekas Ahli Parlimen Pandan, Tan Sri Ong Tee Keat; Naib Presiden MIC, Datuk Sivarraajh Chandran dan penganalisis politik, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin sebagai anggota panel. Ia turut dihadiri Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf yang juga Pengerusi AlHijrah Media Corporation, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.
Wacana perpaduan itu sebahagian daripada Kempen Kemerdekaan #KitalahMalaysia selama 17 hari bermula 31 Ogos lalu sehingga 16 September depan yang bertujuan memupuk keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.
Turut menjejaki langkah ini adalah stesen TV AlHijrah melalui rancangan Sembang Rahmah yang akan disiarkan bermula 16 September depan.
Program yang akan menampilkan anggota panel berbilang agama dan kaum untuk berkongsi pendapat dan pentas itu bertujuan memupuk perpaduan kaum.
Kehadiran pentas seumpama Sembang Rahmah itu amat bertepatan masanya ketika isu “Islamofobia” yang menular dalam kalangan bukan Muslim dan kesalahfahaman berlaku akibat kepentingan dan dogma pemikiran sempit pihak tertentu.
Ia juga selari dengan slogan TV Alhijrah “TV Kita Untuk Semua” dan misi stesen televisyen ini untuk mendidik, menghibur dan menyatukan ummah, kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.
Akhirnya, media sebenarnya boleh memilih untuk menjadi ejen yang menyatukan atau alat yang memisahkan. Tepuk dada tanyalah hati yang di dalam! – Syed Azwan Syed Ali/ AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager