304 kanak-kanak di utara Syria terbunuh dalam tempoh empat bulan lalu akibat serangan yang dilancarkan tentera regim Bashar al Assad. FOTO SYRIA CARE
KENYATAAN Pesuruhjaya Tinggi bagi Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet bahawa lebih 1,089 orang termasuk 304 kanak-kanak di utara Syria terbunuh akibat serangan yang dilancarkan tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya, Rusia sepanjang 29 April 2019 sehingga 29 Ogos 2019 tidak memberi kesan kepada rakyat Syria.
Angka berkenaan hanya fakta di atas kertas kerana
sehingga kini tiada sebarang usaha konkrit yang dilakukan badan dunia itu untuk
menghentikan sepenuhnya serangan yang dilancarkan ke atas orang awam khususnya
di Idlib dan sebahagian Hama.
Keadaan reda beberapa hari lalu hanya bersifat sementara
selepas regim dan sekutunya mengisytiharkan gencatan senjata sebelah pihak pada
Sabtu lepas.
Bagi mangsa konflik, pematuhan gencatan senjata ibarat angin lalu. Persepsi itu berdasarkan pengalaman lalu kerana sehingga kini tiada satupun usaha untuk menghentikan serangan ke atas orang awam seperti pelaksanaan kawasan bebas perang (De-escalation zone) dan zon bebas tentera (DMZ) dipatuhi.
Kesudahannya, ia hanya tinggal nama.
Sebelum ini pada 1 Ogos, cara yang sama dilakukan regim
dan sekutunya ketika mara ke selatan Idlib.
Beberapa hari selepas “menabur janji” mereka bertindak
menyerang dan menguasai bandar Khan Sheikhoun serta beberapa kampung
berhampiran.
“Regim sering mengkhianati gencatan senjata.
“Rusia tipu, Assad tipu. Kami tidak boleh mempercayai
sesiapa,” kata Erwa al Abdullah kepada The Defense Post.
Atas sebab itu, dia yang kini berlindung di khemah pelarian di Deir Hassan di utara Idlib terpaksa melarikan diri lebih dua kali. Pertama dari pinggir Hama pada 2015 dan kedua dari
Jabala, selatan Idlib.
Sehingga kini, Damsyik dan Moscow tetap menegakkan benang basah dengan menyangkal melakukan serangan ke atas orang awam, sebaliknya menjadikan pelbagai kumpulan penentang yang berada di wilayah itu sebagai sasaran.
Lebih malang pemimpin dunia seakan merestui perbuatan
berkenaan meskipun apa yang dilakukan regim dan sekutunya jelas bercanggah
dengan piagam PBB dan Konvensyen Perang Geneva.
Kita yang marhaen hanya sekadar pemerhati permainan mereka.
*Razali Awang (Media Syria Care)
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap
pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan
peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami.
Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked