Gambar terakhir Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya.
KITA semua tahu ajal itu adalah ketentuan Ilahi. Kita juga sedar apa yang ditakdirkan akan berlaku pada kadar dan waktunya.
Hari ini
tentunya amat mendukakan rakyat Malaysia, khususnya dalam kalangan anggota tentera
apabila mereka kehilangan seorang rakan seperjuangan dari Grup Gerak Khas (GGK)
atau komando yang tertembak ketika sesi demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota
Kinabalu, Sabah.
Demonstrasi yang sepatutnya menunjukkan keupayaan ketumbukan elit tentera darat itu berakhir dengan insiden melukakan.
Mejar Mohd Zahir
Armaya, 36, seorang komando berpengalaman yang juga bapa kepada lima cahaya
mata dan anak kepada pelakon veteran, AR Badul, disahkan meninggal dunia
selepas tertembak dalam sesi demonstrasi keupayaan sempena pelancaran Divisyen
Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13, di Kem Lok Kawi.
Di laman maya,
visual dan gambar insiden itu tersebar cepat oleh netizen yang mengejar “like” dan
populariti. Mahu menjadi yang pertama tanpa mempedulikan langsung keaiban
mangsa dan menghormati sensitiviti keluarga yang sedang berduka.
Maka tersebarlah
di laman maya, termasuk di portal berita, gambar perajurit yang rebah berdarah
itu dikerumuni anggota komando lain yang cuba menyelamatkannya.
Di saat itu juga
timbul persoalan dan spekulasi liar seperti kenapa demonstrasi itu menggunakan
peluru hidup, mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) latihan tentera selain
persoalan tentang punca insiden itu.
“Kami sedang
berduka, belum masanya untuk menjelaskan (mengenai penggunaan peluru hidup,”
demikian kata seorang pegawai tentera ketika dihubungi Bilik Berita TV AlHijrah
petang tadi bagi mendapatkan reaksi pihak tentera dalam insiden ini.
Pun begitu kami mendapatkan pandangan pemerhati industri pertahanan yang juga Editor Majalah Perajurit, Muhsin Al Hafiz mengenai penggunaan peluru hidup dalam latihan tentera khususnya latihan membabitkan anggota komando.
“Ini adalah
latihan standard mereka (komando) menggunakan peluru hidup pada sasaran hidup,”
katanya.
Latihan
menggunakan peluru hidup pada sasaran hidup adalah standard latihan paling
tinggi bagi anggota komando di mana-mana negara bagi membentuk tahap keyakinan
tinggi anggota dalam berdepan situasi sebenar, peluru sebenar dan nyawa
sebenar.
“Hanya anggota
komando sahaja menerima latihan begini, bukan untuk anggota biasa yang lain.
Dan mereka berlatih menembak piring sasaran sehingga seratus peratus tanpa
tersasar, kemudian barulah ujian tembakan bahaya menggunakan sasaran hidup
dibenarkan. Tiada sedikit pun kesilapan dibenarkan, sebab jika ia berlaku nyawa
adalah akibatnya. Inilah yang berlaku kepada Allahyarham Mejar Zahir hari ini,”
kata Muhsin.
Hakikat ini
jelas kerana sekalipun anggota tentera terbabit memakai jaket kalis peluru
(yang melindungi 35 peratus anggota badan iaitu lingkungan organ kritikal di
tengah badan, 65 peratus lagi bahagian badan lain adalah titik buta yang boleh
menyebabkan kematian.
Dan jika
tersasar satu inci sekalipun, nyawa akan menjadi taruhan. Hakikat ini
menggambarkan betapa anggota komando itu dilatih dalam situasi sebenar yang
mungkin tidak dapat diterima oleh orang awam.
Tahap latihan tertinggi ini membuktikan betapa pengorbanan anggota tentera, khususnya komando, yang harus bersiap siaga dalam semua keadaan bagi memastikan kita semua mampu makan dan tidur lena dengan aman dan selamat di rumah.
Inilah realiti antara tanggungjawab dan air mata perajurit yang mungkin ramai tidak sedar selama ini.
“Saya reda dan terima ujian Allah ini,” kata bapa Allahyarham AR Badul.
“Baju kalis peluru yang dipakainya (Allahyarham Mohd Zahir) tidak mampu menahan tembakan itu dan ia sangat menyedihkan,” katanya lagi yang dipetik Metro Online.
Insiden kematian
ini klasifikasikan di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan
kematian secara cuai atau membunuh tanpa niat.
Biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan punca insiden melukakan ini. Cukup-cukuplah kita menambahkan kedukaan keluarga Allahyarham dan keluarga besar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjaga keamanan dan keselamatan kita siang dan malam, dengan pelbagai spekulasi liar. Al Fatihah. – Syed Azwan Syed Ali/Alhijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked