KUALA LUMPUR – Skim tetap dan berpencen untuk penjawat awam yang dilaksanakan selama ini mungkin digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambah baik bermula tahun depan bagi lantikan baru, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah.
Langkah yang diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa khas pembaharuan
perkhidmatan awam pada Oktober 2018 bertujuan mengecilkan saiz perkhidmatan
awam secara berfasa dan berdasarkan keperluan, selain mengurangkan bebanan pencen
yang kini mencecah RM28 bilion, katanya.
Borhan berkata penjimatan yang disasarkan berdasarkan skim lantikan
kontrak untuk perkhidmatan awam itu ialah sebanyak RM5 bilion setahun.
Menurut beliau lagi, skim lantikan kontrak baharu itu yang kini sedang
diperhalusi akan menawarkan gaji serta kebajikan, perlindungan dan jaminan yang
lebih baik.
“Lantikan kontrak mungkin tidak menikmati kelebihan macam skim
lantikan tetap dan berpencen sekarang seperti pinjaman perumahan dan pinjaman
kenderaan, namun faedah tersebut mungkin diterjemah dalam bentuk elaun lebih
tinggi,” katanya kepada media, sebagaimana dipetik Bernama selepas merasmikan
Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam 2019 di Putrajaya semalam.
Bernama juga melaporkan, Borhan berkata lantikan kontrak yang akan
diperkenalkan lebih dinamik dan bersesuaian dengan generasi Y yang tidak begitu
‘setia’ dan memberi mereka pilihan untuk keluar daripada perkhidmatan awam
dengan mudah selepas berkhidmat untuk tempoh tertentu.
Namun begitu, skim ini tetap tertakluk dibawah Akta Perkhidmatan Awam
yang melindungi kepentingan penjawat awam, tidak kira berstatus tetap atau
kontrak, bagi memastikan perkhidmatan mereka tidak ditamatkan dengan mudah jika
tidak terbukti bersalah.
“Jadi tidak bolehlah seseorang itu dilantik secara kontrak hari
ini dan esok dengan mudah perkhidmatannya boleh ditamatkan,” petik Bernama.
Manakala bagi penjawat awam sedia ada, beliau berkata mereka mungkin
diberi pilihan untuk beralih ke skim lantikan kontrak baharu itu.
Mengenai pengecilan saiz perkhidmatan awam, Borhan berkata kerajaan
menetapkan pengurangan lima peratus untuk tempoh tiga tahun iaitu satu peratus
tahun ini, dua peratus tahun depan dan dua peratus pada 2021, lapor Bernama.
Pengecilan itu dilakukan melalui penyumberan luar perkhidmatan, sistem
kerajaan digital dan pemansuhan mana-mana jawatan yang kosong lebih dua tahun
yang dilihat tidak ada keperluan untuk diisi.
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager