Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Kempen Beli Produk Muslim: Pastikan barangan mencukupi

DALAM NEGARA

Kempen Beli Produk Muslim: Pastikan barangan mencukupi

KUALA LUMPUR – Semua peniaga diseru memastikan kedai-kedai mereka mempunyai barangan mencukupi dan berkualiti supaya tidak merencatkan sokongan dan sentimen umat Islam keseluruhannya terhadap Kempen Beli Produk Muslim (KBPM) yang sedang mendapat sambutan hangat kini.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahaya menerusi laman Facebooknya hari ini berkata, langkah ini bagi mengelakkan pembeli berasa kecewa jika barangan sering tiada atau tidak mencukupi.  

“Saya menyeru supaya kita bersabar jika terdapat kedai-kedai yang tidak mempunyai barangan yang kita perlukan. Kempen kita masih lagi baru dan berilah masa kepada peniaga-peniaga untuk melengkapkan barangan di kedai mereka,” tulisnya.

Kempen Beli Produk Muslim yang digerakkan oleh UMMAH bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain bertujuan membantu peniaga dan pengusaha muslim dengan mengutamakan belian barangan mereka.

Dua kempen besar telah pun diadakan pada bulan April dan Julai pada tahun ini, manakala beberapa fasa jerayawara akan diadakan untuk memperkasakan lagi kempen ini.

Fasa pertama akan dijalankan di bahagian utara bermula Pulau Pinang pada 8 September, diikuti Kedah pada 9 September. Seterusnya pada 16 September akan di teruskan di Wilayah Persekutuan dan Selangor yang akan berakhir di Johor.

Melalui jerayawara ini, semua pengusaha dan pengeluar produk muslim akan diberi penerangan supaya mereka dapat bergabung bersama-sama dalam usaha ini.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading