MENDIDIK ORANG RAMAI BERANI BERKATA BENAR DI HADAPAN GURU YANG MELAKUKAN KESILAPAN
Kita kekal menghormati ilmu dan pengorbanan mereka; tetapi jangan pula kita terlalu wara’ yang tidak kena tempat; mengiyakan dan menyokong segala bicaranya yang telah berubah, berubah-ubah atau menyanggahi kaedah ilmu Islam.
Oleh: Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus
Terasa berat untuk membuat catitan pagi ini terutama selepas sahur di 10 hari terakhir Ramadhan.
Tetapi rasanya, diri ini dan ummah perlu didedahkan dengan ilmu benar, agar mereka akur terutama ketika mereka menilai diri sendiri, guru dan rakan seperjuangan.
Mempelajari ilmu Mustalah Hadith (Terminology of Hadith) menjadi sebahagian kewajipan ketika kami di bangku sekolah mahupun ketika belajar di Arab Saudi dan Jordan.
Dalam menguasai ilmu ini; kami wajib memahami erti perawi yang tsiqah yang boleh dipercayai ketika beliau meriwayatkan sesuatu hadith.
Ia menuntut kami menguasai syarat kelayakan dan syarat penolakan seseorang perawi.
Ada ilmu khas yang terkait, dinamakan ilmu الجرح والتعديل iaitu satu ilmu yang menerangkan tentang cacat-cacat para perawi dan kebolehan menerima darinya (adil).
Lebih mendalam, ada ilmu menilai keadaan perawi yang dulunya sempurna tetapi di akhir penghidupannya terpaksa ditolak kerana rosak aqalnya, disebut “ikhtilat”.
Ini boleh berlaku kepada kita dan sesiapa sahaja dari kalangan kita.
Kemungkinan penyebabnya, faktor usia sehingga jadi nyanyuk dan pelupa.
Menjadi buta sehingga berlaku tekanan tidak dapat mencapai nota-notanya atau kitab rujukan.
Ada juga disebabkan terputusnya perawi dengan kitab-kitabnya disebabkan kehilangan, musnah, kebakaran, tenggelam dalam pelayaran atau seumpamanya.
Antara tulisan silam berkenaan tajuk ini:
النيرات في معرفة من اختلط من الرواة الثقات : أبو البركات المعروف بابن الكيال
كتاب المختلطين؛ للحافظ صلاح الدين العلائي
الاغتباط بمن رمي من الرواة بالاختلاط؛ لبرهان الدين الحلبي
Kesimpulan hukum mengambil hadith daripada mereka:
1. Riwayat yang diambil daripadanya sebelum “ikhtilat” boleh diterima.
2. Tidak diterima riwayat yang diambil daripadanya setelah berlaku “ikhtilat”.
3. Kalau ada sokongan daripada perawi yang tsiqah; boleh sahaja dipertimbangkan.
Dalam kehidupan hari ini; ada sahaja ulama’, pemimpin dan pendakwah yang mengalami keadaan ini.
Kita kekal menghormati ilmu dan pengorbanan mereka; tetapi jangan pula kita terlalu wara’ yang tidak kena tempat; mengiyakan dan menyokong segala bicaranya yang telah berubah, berubah-ubah atau menyanggahi kaedah ilmu Islam.
Orang yang berubah menjadi pelupa di usia tua tiada aibnya, amalan dan pengorbanan masa mudanya tetap diterima Allah SWT, malah didoakan berlipat kali ganda.
Yang aib dan memalukan, apabila kita izinkan keadaan perubahan peribadi itu merosakkan perjuangan kita, merosakkan keharmonian masyarakat dalam negara, malah mempengaruhi menolak segala kebaikan yang cuba dilakukan oleh orang lain.
Ayuh! Muliakan guru kita tetapi bantu dia untuk tidak merosakkan nama baik Islam dan negara. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager