MENU RAHMAH PERLU SISTEM SOKONGAN UNTUK BERTAHAN LAMA – PENIAGA
Ramai peniaga dan penjaja menyokong inisiatif kerajaan itu kerana ia memberi manfaat kepada rakyat, namun pelaksanaannya perlu disusuli dengan satu ekosistem yang lengkap agar perniagaan terus berjaya.
KUALA LUMPUR: Persatuan peniaga berharap kerajaan dapat tampil dengan sistem sokongan yang kuat untuk memastikan pelaksanaan inisiatif Menu Rahmah bertahan lama dan berterusan dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Presiden Persatuan Usahawan Food Truck Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KLFTEA) Muhammad Azlan Abas berkata susulan kenaikan harga barangan ketika ini, sistem sokongan yang kuat seperti kerjasama menyeluruh pelbagai agensi diperlukan dalam membantu peniaga atau penjaja.
“Contohnya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) atau koperasi boleh bekerjasama dengan mana-mana persatuan terlibat untuk pukalkan harga barangan.
“Mungkin dengan kaedah ini, inisiatif Menu Rahmah itu akan ada kesinambungannya,” katanya kepada Bernama.
Menurutnya ramai peniaga dan penjaja menyokong inisiatif kerajaan itu kerana ia memberi manfaat kepada rakyat, namun pelaksanaannya perlu disusuli dengan satu ekosistem yang lengkap agar perniagaan terus berjaya.
“Menu dah cantik, boleh buat, namun jika lokasi perniagaan tidak strategik, susah juga,” katanya dan menambah sebelum ini, peniaga kendera saji juga pernah melaksanakan program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) pada era pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sekitar tahun 2011.
Bagi Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia Datuk Seri Rosli Sulaiman pula, walaupun peniaga dan penjaja ini mempunyai jiwa murni untuk membantu golongan memerlukan seperti disarankan kerajaan, namun mereka perlu juga memikirkan soal keuntungan dan kelangsungan hidup.
“…apatah lagi dalam situasi hari ni dengan barang mentah yang dibekalkan kepada peniaga atau penjaja mengalami kenaikan hingga 100 peratus.
“Kita lihat sayur saja… contohnya, tomato 200 gram dengan harga RM2, harga naik melonjak, jadi bagaimana cara kita nak maintain Menu Rahmah ini,” katanya.
Menu Rahmah yang dilancarkan sejak 31 Jan lepas merupakan hidangan tengah hari atau makan malam yang seimbang seperti nasi, satu pilihan protein sama ada ayam atau ikan dan sayuran dengan tawaran harga bernilai RM5 dan ke bawah.
Inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk menangani kenaikan kos sara hidup itu boleh didapati di lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests