Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANWAR SINGGAH NIKMATI NASI AYAM HAINAN DI SEPANG SEBELUM SOLAT JUMAAT

DALAM NEGARA

ANWAR SINGGAH NIKMATI NASI AYAM HAINAN DI SEPANG SEBELUM SOLAT JUMAAT

Shafeek Affendi, 51, yang berasal dari Taiping, Perak menyifatkan kehadiran Anwar ke gerai beliau sebagai suatu pengalaman amat berharga kerana belum pernah menyajikan menu jualan beliau kepada mana-mana pemimpin negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (duduk, tengah) menikmati makan tengah hari di Medan Selera Taman Putra Perdana sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Taman Putra Perdana hari ini. Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (duduk, kiri). –fotoBERNAMA

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini singgah di Medan Selera Taman Putra Perdana di sini bagi menikmati juadah tengah hari, nasi ayam Hainan sebelum bersolat Jumaat.

Anwar yang berbaju Melayu berwarna ungu tiba di medan selera berkenaan pada kira-kira 12.40 tengah hari dan menikmati hidangan nasi ayam Hainan hasil air tangan pemilik gerai, Shafeek Affendi Abdul Malik, yang telah mengusahakan perniagaan terbabit selama 15 tahun.

Anwar turut menyapa para pelanggan yang sedang menikmati makanan tengah hari di medan selera berkenaan dan pelanggan memanfaatkan peluang bertemu pemimpin negara itu dengan berswafoto sebagai tanda kenang-kenangan.

Usai menjamu selera bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari, Anwar beramah mesra dengan Shafeek Affendi sebelum bergerak ke Masjid Taman Putra Perdana, yang terletak kira-kira tiga kilometer dari premis makanan itu.

Shafeek Affendi, 51, yang berasal dari Taiping, Perak menyifatkan kehadiran Anwar ke gerai beliau sebagai suatu pengalaman amat berharga kerana belum pernah menyajikan menu jualan beliau kepada mana-mana pemimpin negara.

“Saya rasa sangat teruja apabila diberitahu perdana menteri akan singgah makan di gerai saya. Alhamdulillah ada pemimpin nombor satu ingin merasa air tangan saya.

“Hari ini melakar sejarah bagi saya. Saya tidak pernah bersua muka dengan Anwar tetapi hari ini (teruja) dapat sediakan makanan tengah hari untuk perdana menteri kita,” katanya yang mula mempelajari cara memasak nasi ayam Hainan pada 1993. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading