PENTERJEMAH TURKIYE TIDAK DAPAT TIDUR LENA KENANG NASIB RAKYAT YANG DERITA
Alperen Eskici, 28, seorang daripada empat penterjemah yang bertugas dengan Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) Malaysia, berkata apabila berita mengenai gempa bumi tersebar, beliau terus menghantar e-mel ke pertubuhan sukarelawan tempatan menawarkan diri untuk membantu apa jua cara yang boleh.
Penterjemah tempatan Arif Akdag (tengah) membantu Komander STORM Ismail Abdul Ghani (dua,kanan) dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Precint 7, Putrajaya, Mohd Yaacob Yusoff (dua,kiri) ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat di kawasan runtuhan baru-baru ini di Nurdagi. –fotoBERNAMA
GAZIANTEP: “Bagaimana saya boleh tidur lena apabila mengetahui penduduk di sini (Nurdagi) menderita?”
Berikutan bencana gempa bumi yang dahsyat di Turkiye ia telah membangkitkan kerisauan terhadap Alperen Eskici, 28, seorang daripada empat penterjemah yang bertugas dengan Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) Malaysia, berpangkalan di Stadium Nurdagi.
Pembantu perolehan di sebuah pertubuhan bukan kerajaan tempatan itu berkata apabila berita mengenai gempa bumi tersebar, beliau terus menghantar e-mel ke pertubuhan sukarelawan tempatan menawarkan diri untuk membantu apa jua cara yang boleh.
“Selepas itu saya menerima jawapan, saya akan bertugas dengan pasukan SAR Malaysia di Nurdagi dan tanpa ragu-ragu saya terima tawaran itu dan menaiki pesawat ke sini,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Seperti anggota pasukan SAR Malaysia, Alperen tidur di dalam khemah kanvas dan makan makanan yang sama dengan penyelamat.
Selepas mengikuti Pasukan SAR Malaysia dalam misi mengesan mangsa yang terselamat di bawah runtuhan bangunan beberapa kali, Bernama melihat secara langsung pentingnya mempunyai penterjemah dengan pasukan itu.
Insan-insan yang berhati mulia ini bertindak selaku jambatan komunikasi antara pasukan SAR Malaysia dengan pasukan SAR tempatan.
Kadang-kadang tercetus perbalahan antara pasukan SAR kita dan pasukan tempatan tentang teknik mengeluarkan runtuhan konkrit agar penyelamat dapat mengambil mayat dengan selamat dan menyerahkannya kepada paramedik.
Apabila perkara itu berlaku, penterjemah akan campur tangan dan menerangkan kepada kumpulan SAR tempatan bagaimana teknik menyelamat pasukan Malaysia.
Pasukan SAR Malaysia akan berhati-hati mengalihkan mayat tanpa menyebabkan kerosakan lain, dan kaedah itu kadang-kadang dilihat terlalu perlahan bagi pasukan SAR tempatan.
Penterjemah tempatan juga banyak terlibat dengan pasukan peninjau mencari tapak SAR baharu dipercayai mempunyai mangsa yang masih hidup.
Penterjemah akan memaklumkan kepada pasukan SAR tempatan di kawasan berkenaan untuk menawarkan bantuan daripada pasukan SAR Malaysia.
Dari kanan: Ekrem Mese, Alperen Eskici, Aris Akdag
Bagi Ekrem Mese, 36, bertugas sebagai penterjemah untuk pasukan SAR Malaysia adalah satu cara bagaimana seseorang individu boleh meringankan beban kepada mangsa gempa bumi yang dilanda musibah itu.
Katanya ia adalah satu penghormatan dapat bekerja dengan pasukan profesional.
“Saya gembira dikelilingi dengan pasukan profesional, mereka banyak membantu rakyat di sini (Nurdagi),” kata jurutera struktur itu.
Bagi ahli perniagaan yang berpangkalan di Istanbul, Aris Akdag, 52, beliau segera membeli tiket kapal terbang ke Gaziantep selepas membaca mesej di Facebook daripada sahabat lamanya, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya Presint 7 Mohd Yaacop Yusoff.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Precint 7, Putrajaya, Mohd Yaacob Yusoff (kanan) dan penterjemah tempatan Arif Akdag, 52 bertemu semula di Nurdagi bersama-sama bekerjasama dalam misi SAR di kawasan padang bola di Stadium Nurdagi hari ini. Arif yang menetap di Istanbul tiba di kem pasukan SAR negara pada Sabtu, dengan segera dia pergi mencari Mohd Yaacob yang berada di kalangan 140 anggpta pasukan SAR negara, kedua-dua mereka kemudian duduk bercerita, mengimbau pengalaman masing-masing pada 1999 dengan linangan air mata. –fotoBERNAMA
Aris adalah penterjemah untuk pasukan SAR Malaysia pada 1999 selepas gempa bumi di Istanbul dan Mohd Yaacop adalah seorang daripada anggota yang terlibat.
“Ini adalah kali kedua saya bertugas dengan pasukan SAR Malaysia membantu penduduk Turkiye yang terjejas oleh gempa bumi dan saya sangat gembira rakyat Malaysia dan pasukan SMART (Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia) di sini membantu Turkiye. Kami tidak akan lupa apa yang telah anda lakukan untuk kami,” katanya.
Setakat ini pasukan SAR Malaysia telah menyelamatkan lima sekeluarga dan mengeluarkan 47 mayat dari bawah runtuhan.
Menurut laporan media antarabangsa sehingga Jumaat, jumlah kematian mencatatkan 38,044 di Turkiye dan 3,688 di Syria dalam gempa bumi pada 6 Feb, dengan kira-kira 20,000 orang cedera di kedua-dua negara. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked