Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MFAR BANTU TINGKAT KEYAKINAN UMAT ISLAM, TAMBAH JUMLAH PENGUNJUNG

ADVERTORIAL

MFAR BANTU TINGKAT KEYAKINAN UMAT ISLAM, TAMBAH JUMLAH PENGUNJUNG

KUALA LUMPUR: Pasaran pelancongan mesra muslim semakin berkembang seiring dengan populasi umat Islam.

Dianggarkan pasaran sektor pelancongan itu boleh mencecah sehingga RM2 bilion di seluruh dunia.

Oleh itu, bagi memastikan jenama Malaysia kukuh sebagai peneraju pelancongan mesra muslim, Islamic Tourism Centre (ITC) giat memperkasa Muslim Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR).

Inisiatif itu bagi memberi pengiktirafan kepada penggiat industri pelancongan mesra muslim sekaligus meningkatkan keyakinan umat Islam.

MFAR diperkenalkan pada tahun 2019 dan dibangunkan hasil penyelidikan selama beberapa tahun oleh pakar industri bersama badan berautoriti seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Standard Malaysia serta berdasarkan Standard MS2610.

Ketua Pengarah ITC, Nizran Noordin berkata pengiktirafan MFAR akan diberikan kepada premis pelancongan yang memenuhi kriteria merangkumi makanan halal, kemudahan solat, fasiliti yang bersih serta penyampaian perkhidmatan yang patuh syariah.

“Premis-premis penginapan diiktiraf MFAR terutamanya akan menyediakan kemudahan-kemudahan yang berpandukan ajaran Islam. Contohnya bilik hotel sudah tentu ada arah kiblat, sejadah, dan Al-Quran untuk beribadah.

“Selain itu premis pelancongan diiktiraf MFAR juga ada menyediakan surau lengkap dengan sejadah dan pakaian bersih untuk digunakan umat Islam,” katanya.

Pengarah Bahagian Sekreteriat Majlis Halal Malaysia, Mohamad Zambri Mohamed Shapik turut dilantik sebagai panel bagi menilai kelayakan sesuatu premis khususnya dari aspek penyediaan makanan di restoran sebelum diberi pengiktirafan MFAR.

“Halal merupakan prasyarat utama kelayakan sesebuah industri mendapatkan pengiktirafan MFAR.

“Untuk industri perhotelan, bagi mereka mendapat panarafan MFAR bahagian dapur mesti mendapat persijilan halal kerana restoran merupakan bahagian utama yang sering dikunjungi pelanggan,” katanya.

Antara hotel yang telah mendapat sijil pengiktirafan MFAR ialah Hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre yang juga penerima Anugerah Platinum MFAR.

Selain menyediakan kemudahan solat di setiap bilik, kelengkapan mandian seperti sabun mandi dan syampu  juga diiktiraf halal oleh JAKIM.

Dari aspek riadah, premis itu juga menetapkan waktu khas untuk kaum hawa berada di kolam renang dan terbaru hotel tersebut turut menyediakan penapis air minuman yang turut memilik sijil halal JAKIM serta kualiti Sirim.

“Alhamdulillah selepas memperoleh penarafan MFAR kami dapat lihat peningkatan pengunjung muslim tempatan serta dari luar negara seperti Indonesia, Brunei, serti dari negara-negara Timur Tengah,” kata Pengurus Besar Hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre.

Pada 2023, Malaysia mencatatkan prestasi membanggakan selepas berjaya menarik 4.5 juta pelancong muslim melibatkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM14.70 bilion.

Justeru, lebih banyak kejayaan dapat dicapai di masa akan datang menerusi pengiktirafan MFAR ke atas premis pelancongan.

Penyertaan itu boleh dimohon di laman sesawang www.itc.gov.my atau emel kepada mfar@itc.gov.my.

Para pelancong pula boleh layari http://www.mymuslimtrip.com untuk senarai perkhidmatan pelancongan mesra muslim yang disediakan di Malaysia. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in ADVERTORIAL

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading