Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MINNEAPOLIS BANDAR RAYA PERTAMA DI AS BENARKAN LAUNGAN AZAN LIMA WAKTU

DUNIA

MINNEAPOLIS BANDAR RAYA PERTAMA DI AS BENARKAN LAUNGAN AZAN LIMA WAKTU

Minneapolis menjadi bandar pertama di Amerika Syarikat (AS) yang membenarkan laungan azan lima waktu menggunakan pembesar suara.

Sumber Gambar: AP

WASHINGTON: Minneapolis menjadi bandar pertama di Amerika Syarikat (AS) yang membenarkan laungan azan lima waktu menggunakan pembesar suara, lapor Agensi Anadolu.

Majlis Bandaraya Minneapolis mengundi sebulat suara 12-0 untuk membenarkan azan dilaungkan dari masjid walaupun terdapat peraturan semasa mengenai bunyi.

Bahagian kumpulan advokasi Muslim Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) Minnesota berkata: “keputusan itu merupakan kemenangan bersejarah bagi kebebasan beragama dan pluralisme.”

“Kami berterima kasih kepada ahli Majlis Bandaraya Minneapolis kerana menunjukkan contoh hebat dan kami menggesa bandar lain untuk turut sama mengikutinya,” kata pengarah negeri CAIR, Jaylani Hussein, dalam satu kenyataan.

CAIR menggesa majlis untuk meluluskan langkah itu.

Tahun lepas, Minneapolis mengehadkan masa dan tahap bunyi azan boleh dilaungkan, menurut CBS News.

Azan kini dibenarkan dari 3.30 pagi hingga 11 malam.

Datuk Bandar Jacob Frey dijangka menandatangani keputusan itu bagi menjadikannya sebagai undang-undang dalam tempoh seminggu, menurut akhbar Minneapolis Star-Tribune.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading