Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS AMBIL KETERANGAN INDIVIDU BERHUBUNG KEKECOHAN DI PASAR RAJA BOT, CHOW KIT

DALAM NEGARA

POLIS AMBIL KETERANGAN INDIVIDU BERHUBUNG KEKECOHAN DI PASAR RAJA BOT, CHOW KIT

Polis memanggil beberapa individu bagi memberi keterangan berhubung video tular kekecohan di Pasar Raja Bot, Chow Kit, di sini semalam.

KUALA LUMPUR: Polis memanggil beberapa individu bagi memberi keterangan berhubung video tular kekecohan di Pasar Raja Bot, Chow Kit, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahya berkata, pihaknya telah mengesan video tersebut yang dipercayai dimuat naik di aplikasi TikTok.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur telah membuka kertas siasatan melibatkan video kekecohan tersebut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan sedang berjalan dan akan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang,” katanya.—AlHijrah Online

Tular sebuah video memaparkan kekecohan di dalam sebuah pasar raya dan di perkarangan pasar raya terbabit membabitkan beberapa individu memakai ves dipercayai dari sebuah persatuan peniaga serta peniaga gerai di kawasan itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading