PM ANWAR BERQIAMULLAIL BERSAMA RAKYAT MALAYSIA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa bersama rakyat Malaysia menyertai Majlis Qiamullail Perdana yang diadakan di Masjid Putra, di sini.

Turut bersama dengan Anwar dalam majlis yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Qiamullail Perdana yang bermula seawal 4.30 pagi tadi diimamkan oleh Imam Masjid Putra, Ustaz Hanif Azmir Hassim.

Qiamullail yang dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu diisi dengan ibadah sepertiga malam, antaranya solat Sunat Tahajud, solat Sunat Taubat, solat Sunat Hajat dan diselangi dengan zikir munajat.

Kira-kira 2,000 jemaah yang hadir ke Qiamullail Perdana bagi memanfaatkan baki 10 malam terakhir Ramadan yang suci dan penuh keberkatan untuk beribadah.

Majlis Qiamullail Perdana itu turut disiarkan secara langsung di TV AlHijrah. Ia juga boleh ditonton semula di Facebook rasmi TV AlHijrah.–AlHijrah Online

Leave a Reply