KUALA LUMPUR: Kejayaan dan impak program berasaskan Al-Quran dan hadis diterbitkan TV AlHijrah seperti #MYQuranTime, Quran114, dan Akademi Qurra’ bukti umat Islam di Malaysia mempunyai minat yang tinggi untuk belajar dan memahami ajaran Islam itu terutama sebagai panduan dalam kehidupan.
Ia juga petunjuk ramai rakyat Malaysia yang dahagakan kandungan atau program berbentuk pendidikan Al-Quran dan pesan Rasulullah SAW lebih-lebih lagi bagi menjawab pelbagai kekeliruan yang berlaku pasa masa kini.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata perasaan ingin tahu masyarakat Islam di Malaysia semakin tinggi dan adalah amat penting persoalan mereka dijelaskan dengan apa yang disarankan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW di dalam Al-Quran dan hadis.
“Semakin banyak anda ingin tahu semakin banyak anda akan belajar. Jadi kami di TV AlHijrah perlu jadi penyedia atau platform rujukan umat Islam untuk menjawab persoalan berkaitan agama berdasarkan ajaran Al-Quran dan hadis.
“Kami akan tingkatkan lebih banyak program berkaitan Al-Quran dan hadis sebab penting untuk benar-benar memahami ajaran Islam yang akan membantu anda membuat keputusan dan menilai sesuatu perkara yang berlaku,” katanya.
Beliau berkongsi perkara itu ketika program audio siar What’s Stewing? bertajuk “Exploring Islamic Influence on TV AlHijrah with Namanzee Harris”.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris (kiri) ketika program “Exploring Islamic Influence on TV AlHijrah with Namanzee Harris”.
Dalam program sama, Namanzee turut berkongsi peningkatan tontonan di TV AlHijrah sejak beberapa tahun lalu hingga mampu membawa stesen itu menduduki tangga kelima saluran terbaik di Malaysia.
Kejayaan itu menafikan tanggapan kandungan Islam tiada penonton malah apa yang turut membanggakan, terdapat program terbitan TV AlHijrah yang berjaya mengatasi program berbentuk hiburan di stesen televisyen lain.
“Selepas beberapa penukaran strategi perniagaan dibuat TV AlHijrah seperti memberi keutamaan kepada program berkaitan Al-Quran dan hadis, banyak kejayaan positif yang berjaya dikecapi.
“Pada 2022, kami berjaya memperoleh keuntungan hingga mampu menyerahkan zakat perniagaan serta membayar cukai kepada kerajaan. Mungkin ini dengan izin Allah SWT berkat menyemai rasa cinta kepada agama melalui program diterbitkan dan kami berharap media Islam di Malaysia akan lebih berjaya di masa akan datang dan mampu bersaing hebat dengan media-media lain,” katanya.
Dalam temubual sama dengan hos Abid Hussain yang juga Pengasas Creative Stew serta pemenang pelbagai anugerah antarabangsa berkaitan dunia penyiaran, Namanzee turut berkongsi peranan TV AlHijrah sebagai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama.
Jelasnya TV AlHijrah memainkan peranan penting untuk membentuk pemikiran masyarakat Islam di Malaysia dan membantu menghindari pemikiran ekstrem agama seperti ditekankan kerajaan.
Selain dakwah, stesen televisyen Islam itu turut membantu meningkatkan sosioekonomi umat Islam di Malaysia melalui promosi produk umat Islam serta pelancongan Islam di Malaysia.
TV AlHijrah juga merupakan antara medium penyebaran maklumat kerajaan dan agensi-agensi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Mufti, Jabatan Agama Islam Negeri dan lain-lain agensi serta badan yang berkaitan.
Berkongsi berkenaan cabaran, Namanzee berkata seperti banyak stesen televisyen lain TV AlHijrah turut terkesan dengan impak dunia digital yang berkembang dengan amat laju.
TV AlHijrah katanya akan meningkatkan lagi capaian penontonnya di dunia digital dan ketika ini terbuka untuk sinergi dengan pihak yang boleh membantu meningkatkan capaian penonton TV AlHijrah agar kandungan yang diterbitkan mendapat lebih banyak manfaat kepada umum.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests