Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TANGGUH DAFTAR PADU: KEMENTERIAN EKONOMI JUMPA KERAJAAN SARAWAK MINGGU DEPAN

DALAM NEGARA

TANGGUH DAFTAR PADU: KEMENTERIAN EKONOMI JUMPA KERAJAAN SARAWAK MINGGU DEPAN

SHAH ALAM: Kementerian Ekonomi akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Sarawak minggu hadapan bagi membincangkan mengenai pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU).

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. – Bernama

SHAH ALAM: Kementerian Ekonomi akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Sarawak minggu hadapan bagi membincangkan mengenai pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU).

Menterinya Rafizi Ramli berkata ia berikutan wujudnya arahan oleh kerajaan negeri agar pendaftaran dan kemas kini PADU di negeri itu ditangguhkan.

“Setakat ini, saya difahamkan arahan untuk pendaftaran ditangguhkan hanya tertakluk kepada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri sahaja.

“Kita telah menghubungi kerajaan Sarawak dan minggu depan Kementerian Ekonomi akan duduk (berbincang) berkenaan hal ini dengan mereka,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog awam PADU di sini hari ini.

Rafizi berkata arahan supaya ditangguhkan pendaftaran PADU itu adalah untuk membolehkan kerajaan Sarawak mendapatkan penjelasan Kementerian Ekonomi berdasarkan beberapa pandangan susulan daripada mesyuarat Kabinet negeri.

Beliau berkata dari segi pendaftaran, penduduk Sarawak boleh terus mendaftar seperti biasa menerusi portal PADU, malah setakat minggu lepas, Sarawak antara negeri merekodkan pendaftaran tertinggi PADU.

Mengulas kenyataan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah bahawa pendaftaran PADU ibarat ‘membogelkan’ maklumat peribadi setiap orang, Rafizi berkata itu adalah sekadar pandangan peribadi.

Rafizi juga memaklumkan kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh pendaftaran dan kemas kini PADU yang dijadual berakhir pada 31 Mac ini.

Sehingga 11.59 malam tadi (22 Mac), seramai 7.07 juta rakyat telah mendaftar dan mengemas kini sistem PADU. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading