MKI AKAN BERMESYUARAT BERHUBUNG PEMBAYAR CUKAI MENINGGAL DUNIA
PUTRAJAYA: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi mencari kesepakatan mengenai pembayaran cukai tertunggak individu yang meninggal dunia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. — Bernama
PUTRAJAYA: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi mencari kesepakatan mengenai pembayaran cukai tertunggak individu yang meninggal dunia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Ini susulan perbezaan pandangan antara dua mufti iaitu Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berhubung perkara itu.
Wan Salim dilaporkan berpandangan waris harus membayar tunggakan cukai, manakala Abdul Rahman pula berpendapat pewaris harta pusaka pembayar cukai pendapatan yang sudah meninggal dunia tidak perlu membayar cukai tertunggak ditinggalkan.
“Saya harap daripada muzakarah ini, dapat capai kata sepakat untuk mengelak kekeliruan umat Islam di negara ini mengenai pembayaran cukai tertunggak individu yang meninggal dunia,” katanya yang turut memaklumkan mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi MKI Datuk Dr Nooh Gadut.
Ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka MADANI Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri 2023 di sini hari ini, Mohd Na’im berkata MKI memainkan peranan menyelaraskan semua isu berkaitan dengan agama Islam supaya tidak timbul sebarang percanggahan pendapat.
“Kita akan cari jalan untuk selesaikan sebarang percanggahan berkaitan agama Islam,” katanya.
Menurutnya MKI dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengambil inisiatif menjalankan kajian syarak berhubung perkara itu.
Pada 11 Mei lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Mohd Nizom Sairi dilaporkan berkata waris bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang komitmen si mati termasuk pengurusan cukai pendapatan.
Seksyen 74 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) menetapkan sebarang tunggakan cukai pendapatan tidak boleh dihapuskan secara automatik walaupun individu terbabit disahkan meninggal dunia. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked