KEBAKARAN MID VALLEY: SIASATAN AWAL DAPATI BERPUNCA DARIPADA MINYAK PENYEJUK KABEL
Siasatan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati kebakaran di Mid Valley Megamall pagi tadi dipercayai berpunca daripada minyak penyejuk kabel di dalam pencawang utama Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terlampau panas.
KUALA LUMPUR: Siasatan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati kebakaran di Mid Valley Megamall pagi tadi dipercayai berpunca daripada minyak penyejuk kabel di dalam pencawang utama Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terlampau panas.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Kuala Lumpur M Fatta M Amin berkata minyak terbabit yang sukar untuk terbakar kerana ia boleh tahan sehingga suhu mencecah 137 darjah Celsius, digunakan untuk menyejukkan kabel di dalam pencawang dan bukan untuk menjana kuasa elektrik.
“Tetapi, dipercayai terdapat haba yang berlebihan daripada pencawang itu yang sekali gus sampai ke tahap terbakar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.
Menurut beliau, terdapat empat pencawang utama TNB di bangunan Mid Valley namun hanya satu yang terbakar manakala tiga lagi tidak terjejas.
Katanya, kesemua pencawang itu mampu membekalkan elektrik dalam radius hingga 10 kilometer dari bangunan Mid Valley.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata siasatan awal polis mendapati tiada unsur khianat dikesan berhubung kejadian itu.
“Bagaimanapun, polis masih menunggu siasatan lanjut daripada forensik JBPM,” katanya yang turut berada di lokasi kejadian.
Amihizam berkata beliau difahamkan setakat ini bekalan elektrik hanya terjejas di bangunan Mid Valley.
“Bagi kawasan dalam radius 10 km dari sini, saya mendapat laporan bahawa pihak TNB telah pun mengambil langkah-langkah tertentu dan bekalan elektrik tidak terjejas,” katanya.
Terdahulu, tular beberapa video dalam media sosial yang menunjukkan kepulan asap hitam keluar daripada bangunan itu kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked