Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MOHAMAD SABU SERU RAKYAT MALAYSIA TERUSKAN SOLIDARITI BUAT PALESTIN

DUNIA

MOHAMAD SABU SERU RAKYAT MALAYSIA TERUSKAN SOLIDARITI BUAT PALESTIN

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menyeru agar rakyat Malaysia mendoakan mereka yang terkorban serta keluarga yang menanggung kehilangan akibat konflik berkenaan dan semua pihak terus bersatu serta tidak membiarkan penderitaan rakyat Palestin dilupakan, selain mengelakkan kebencian terhadap mana-mana kaum atau agama.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diseru supaya terus menyuarakan solidariti terhadap Palestin serta menyumbangkan bantuan melalui saluran yang dipercayai dalam usaha membantu rakyat negara itu yang terus berdepan dengan penderitaan.

Menerusi hantaran Facebook, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata masyarakat antarabangsa juga perlu terus didesak supaya bertindak menghentikan keganasan, memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada mereka yang memerlukan serta mempertahankan hak rakyat Palestin untuk hidup secara merdeka dan bermaruah.

Bersempena dengan memperingati tiga tahun peristiwa 7 Oktober, beliau mengingatkan semua pihak bahawa keamanan dan kebebasan rakyat Palestin perlu terus diperjuangkan.

“Nyawa orang awam, khususnya anak-anak, wajib dilindungi. Perjuangan ini menuntut keteguhan hati dan kebersamaan kita,” katanya dan turut mendoakan agar rakyat Palestin dilindungi serta dikurniakan keamanan yang adil dan berkekalan.

Beliau turut menyeru agar rakyat Malaysia mendoakan mereka yang terkorban serta keluarga yang menanggung kehilangan akibat konflik berkenaan dan semua pihak terus bersatu serta tidak membiarkan penderitaan rakyat Palestin dilupakan, selain mengelakkan kebencian terhadap mana-mana kaum atau agama. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading