MOTAC SASAR 3.2 JUTA PELANCONG MUSLIM KE MALAYSIA TAHUN INI
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan 3.2 juta ketibaan pelancong muslim di negara sepanjang tahun ini, berbanding 2.1 juta pada tahun lepas.
IPOH: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan 3.2 juta ketibaan pelancong muslim di negara sepanjang tahun ini, berbanding 2.1 juta pada tahun lepas.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan berkata jumlah itu, merupakan 20 peratus daripada 16.1 juta pelancong asing, yang disasarkan tahun ini dengan pendapatan pelancongan keseluruhan berjumlah RM49.2 bilion.
Beliau berkata hasrat itu mampu dicapai, sekiranya pemain industri pelancongan Muslim berkenaan memainkan peranan masing-masing secara kolektif dan holistik, selain peranan yang dimainkan oleh Pusat Pelancongan Islam (ITC).
“Walaupun tahun ini kita sasarkan 16 juta kemasukan pelancong asing, namun kita yakin melebihi dari itu malah pelancong Muslim pula turut akan meningkat, kerana kelebihan kita merupakan perintis kepada Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim (MFTH), selain majoriti penduduk yang beragama Islam.
“Pelancong Muslim merupakan pasaran yang semakin berkembang dalam industri pelancongan dan itu sebabnya kita tekankan mengenai MFTH, agar pemain tempatan dapat memperluaskan lagi tawaran sebagai salah satu nilai tambah industri pelancongan Islam dalam negara,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Bulan Pelancongan Islam (ITM) 2023 di sini hari ini.
Hadir sama dan merasmikan program itu Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Loh Sze Yee serta Ketua Pengarah ITC Nizran Noordin.
Khairul Firdaus berkata negara memang terkenal sebagai destinasi pelancongan Muslim, namun kerajaan melihat terdapat perkara yang perlu ditambah baik untuk menarik lebih ramai pelacong luar negara.
“Kita perlu memahami keperluan dan pilihan pelancong Islam dan cara menyesuaikannya, serta serasikan produk selain perkhidmatan bagi memenuhi keperluan itu dan usaha itu masih tidak capai tahap maksimum, namun kita akan usaha lagi melalui ITC.
“Begitu juga kita sering terlepas pandang untuk promosikan pelancongan Muslim di negara minoriti Muslim, kerana mereka ini sebenarnya turut mahu merasai apakah pendekatan MFTH dan kita akan usaha ke arah itu kelak,” katanya.
— AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.