Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

“HENTI SPEKULASI, IA BERI KESAN KEPADA ANAK-ANAK, KELUARGA” – ISTERI JURUTERBANG

DALAM NEGARA

“HENTI SPEKULASI, IA BERI KESAN KEPADA ANAK-ANAK, KELUARGA” – ISTERI JURUTERBANG

Isteri kepada juruterbang, Heikal Aras Abdul Azim, 45 yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, semalam meminta spekulasi berhubung kejadian itu dihentikan.

KUALA LUMPUR: Isteri kepada juruterbang, Heikal Aras Abdul Azim, 45 yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, semalam meminta spekulasi berhubung kejadian itu dihentikan.

Katanya perkara itu memberi kesan kepada anak-anak dan keluarga mangsa.

“Tolong hentikan semua spekulasi kerana ini memberi kesan kepada anak-anak dan keluarga yang melalui masa sukar saat ini.

“Terima kasih atas ucapan takziah dan doa yang baik,” kata wanita itu dalam satu hantaran menerusi Facebook Christine Yong hari ini.

Wanita itu turut meminta orang ramai memahami keadaan keluarga mereka terutama anak-anaknya dan beliau akan berkongsi lebih lanjut tentang perkembangan kejadian nahas yang melibatkan suaminya itu.

Sepuluh individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun terkorban setelah pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang itu terhempas.

Lapan yang maut adalah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading