Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MUHYIDDIN TIBA DI IBU PEJABAT SPRM PUTRAJAYA

DALAM NEGARA

MUHYIDDIN TIBA DI IBU PEJABAT SPRM PUTRAJAYA

Semalam, Ahli Parlimen Pagoh berkenaan menafikan dakwaan beliau ditahan SPRM ketika bermain golf di sebuah padang golf di Selangor, seperti dilaporkan beberapa portal media dan turut memaklumkan bahawa beliau diminta hadir ke ibu pejabat SPRM pukul 11 pagi ini.

Penyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkumpul di hadapan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya hari ini. –fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  di sini, pada 11.15 pagi ini.

Beliau hadir dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard menggunakan nombor pendaftaran JBM 2.

Muhyiddin dilihat berpakaian kemeja putih dan mengenakan suit hitam, serta berseluar hitam.

Pengerusi Perikatan Nasional itu turut diiringi sebuah lagi kenderaan, dipercayai membawa barisan peguam diketuai Datuk K. Kumaraendran.

Semalam, Ahli Parlimen Pagoh berkenaan menafikan dakwaan beliau ditahan SPRM ketika bermain golf di sebuah padang golf di Selangor, seperti dilaporkan beberapa portal media dan turut memaklumkan bahawa beliau diminta hadir ke ibu pejabat SPRM pukul 11 pagi ini.

Sementara itu, tinjauan Bernama di hadapan perkarangan Ibu Pejabat SPRM, pengamal media daripada pelbagai agensi berita tempatan dan asing mula berkumpul sejak 7 pagi tadi, bagi mengikuti perkembangan siasatan kes berkenaan selain penyokong Muhyiddin yang berkumpul di luar bangunan SPRM.

SPRM sebelum ini telah membekukan akaun parti Bersatu, dan beberapa individu termasuk Ketua Penerangan parti itu Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad, didakwa di mahkamah berkaitan projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa). —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading