BEG SEKOLAH BERAT: KPM AKAN TUKAR BUKU TEKS FIZIKAL KEPADA DIGITAL
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying bagaimanapun berkata usaha itu agak terhad, dengan mengambil kira pemilikan peranti digital dalam kalangan murid dan ketersediaan capaian internet di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) masih meneruskan usaha menukarkan bahan sistem pendidikan termasuk daripada buku teks fizikal kepada digital, bagi menangani isu beg berat dalam kalangan murid.
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying bagaimanapun berkata usaha itu agak terhad, dengan mengambil kira pemilikan peranti digital dalam kalangan murid dan ketersediaan capaian internet di sekolah-sekolah di seluruh negara.
“Pada masa kini KPM telah memuat naik 754 buku teks digital dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa),” katanya ketika menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) di Dewan Rakyat hari ini, yang mahu tahu langkah kerajaan dalam menangani isu tersebut.
Lim berkata antara inisiatif lain yang dilaksana ialah, penyediaan lokar sekolah rendah untuk semua murid Tahap 1 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi, selain mengehadkan bilangan buku latihan hendaklah tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran.
Beliau berkata insiatif lain ialah menerbitkan buku teks secara berterusan, penyusunan semula jadual waktu bagi membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara optimum, dengan memperuntukkan masa bagi melaksanakan pendekatan modular dan bertema.
Lim berkata pihaknya juga bekerjasama Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) agar murid diberi kelonggaran untuk memakai uniform sekolah masing-masing, semasa sesi persekolahan Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).
Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) berhubung smart classroom, Lim berkata KPM menyasarkan untuk menyediakan 3,800 unit projektor di sekolah seluruh negara pada tahun hadapan, bagi menyediakan suasana PdP yang lebih berkesan dan efektif. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager