Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AZAM BAKI SAHKAN MUHYIDDIN AKAN DIDAKWA ESOK

DALAM NEGARA

AZAM BAKI SAHKAN MUHYIDDIN AKAN DIDAKWA ESOK

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa esok.

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11.15 pagi tadi. –fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa esok.

Bercakap kepada Bernama, Azam berkata ketika ini bekas perdana menteri berkenaan masih lagi sedang diambil keterangan, selepas Pengerusi Perikatan Nasional itu tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini, pada 11.15 pagi tadi.

Semalam, Ahli Parlimen Pagoh berkenaan menafikan dakwaan beliau ditahan SPRM ketika bermain golf di sebuah padang golf di Selangor, seperti dilaporkan beberapa portal media.

SPRM sebelum ini telah membekukan akaun parti Bersatu, dan beberapa individu termasuk Ketua Penerangan parti itu Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad, didakwa di mahkamah berkaitan projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Perkembangan siasatan kes berkenaan mendapat liputan ramai pengamal media tempatan dan asing, selain penyokong Muhyiddin yang berkumpul di luar bangunan SPRM sejak 7 pagi tadi. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading