MYSEJAHTERA: DAFTAR MASUK KE PREMIS MUNGKIN DIMANSUHKAN
PUTRAJAYA: Keperluan menggunakan aplikasi MySejahtera sebagai prosedur operasi standard (SOP) daftar masuk ke premis-premis mungkin dimansuhkan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (tengah) ketika bertemu para pengamal media selepas Majlis Penutup Program Pengurusan Berat Badan Bersepadu Kebangsaan MyV+IFitEr 1.0 dan Pelancaran World Physical Activity Day (WOPAD) 2022. Gambar: Bernama
PUTRAJAYA: Keperluan menggunakan aplikasi MySejahtera sebagai prosedur operasi standard (SOP) daftar masuk ke premis-premis mungkin dimansuhkan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata keputusan sama ada meneruskan atau memansuhkan SOP daftar masuk melalui MySejahtera itu, akan ditentukan berdasarkan trend jangkitan pandemik COVID-19 serta data mobiliti penduduk dan pengembara, apabila sempadan negara dibuka semula 1 April ini.
“Penentuan berhubung perkara ini akan ambil masa hampir sebulan, kerana kita kena lihat pada trend ini.
“Sekiranya trend jangkitan tidak banyak perubahan dengan trend ketika ini, maka kita boleh ‘drop’ fungsi daftar masuk,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan majlis penutup Program Pengurusan Berat Badan Bersepadu Kebangsaan dan ‘World Physical Activity Day’ 2022 di sini semalam.
Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), bahawa sudah tiba masanya amalan mengimbas MySejahtera setiap kali memasuki premis dihentikan, ketika negara sedang memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April.
Kerajaan sebelum ini telah memansuhkan SOP berkaitan pemeriksaan suhu badan dan buku rekod daftar masuk premis, pada 11 Feb lepas.
Mengenai isu berkaitan pemilikan aplikasi MySejahtera, Khairy berkata KKM dijangka memuktamadkan rundingan bersama syarikat yang mengendalikan platform perisian aplikasi tersebut, dalam tempoh kira-kira sebulan.
“Proses rundingan sedang berjalan ketika ini. Namun ia ambil masa sedikit sebab agak teknikal,” katanya yang akan memberikan penjelasan berkenaan perkara itu di Dewan Negara esok.
Khairy berkata rundingan itu diadakan setelah KKM menubuhkan Jawatankuasa Rundingan Harga pada tahun lepas, bertujuan melaksanakan rundingan harga perolehan dan pengurusan perkhidmatan aplikasi MySejahtera dengan pihak syarikat untuk tempoh dua tahun, selaras tatacara perolehan kerajaan.
Beliau berkata perolehan tersebut telah dipersetujui Kementerian Kewangan pada 28 Feb lepas untuk dilaksanakan, dan kini proses rundingannya telah dimulakan bagi memastikan ‘due diligence’ dilakukan dalam proses itu serta memelihara kepentingan kerajaan.
Khairy sebelum ini menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah menjual aplikasi MySejahtera kepada mana-mana syarikat swasta, dan ia adalah hak milik kerajaan. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.