Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MASJID BESAR HAGIA SOPHIA TURKI AKAN ADAKAN SOLAT TARAWIH PERTAMA SELEPAS 88 TAHUN

DALAM NEGARA

MASJID BESAR HAGIA SOPHIA TURKI AKAN ADAKAN SOLAT TARAWIH PERTAMA SELEPAS 88 TAHUN

Masjid Besar Hagia Sophia Turki di Istanbul akan mengadakan solat tarawih yang pertama dalam tempoh 88 tahun, solat sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan.

Sumber Gambar: AFP

ISTANBUL: Masjid Besar Hagia Sophia Turki di Istanbul akan mengadakan solat tarawih yang pertama dalam tempoh 88 tahun, solat sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Beberapa acara untuk Ramadan juga akan diadakan di masjid itu, yang diubah suai menjadi muzium pada 1934. Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid yang dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun itu.

Namun, masjid itu tidak digunakan kerana sekatan COVID-19 di Turki untuk mengelak risiko jangkitan.

Sumber Gambar: AFP

Bagaimanapun, pihak berkuasa Turki memutuskan untuk membuka semula masjid itu pada Ramadan berikutan kebanyakan penduduk sudahpun divaksin dan jumlah kes baharu dan kematian semakin menurun.

Hagia Sophia dibina pada 532 SM. Ia dijadikan masjid pada 1453 selepas penaklukan Istanbul.

Ia digunakan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium. Dari 1453 hingga 1934, atau hampir 500 tahun, ia berfungsi sebagai masjid.

Pada 1985, Hagia Sophia telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.

Hagia Sophia juga merupakan antara destinasi pelancongan utama Turki dan terus dibuka untuk pelawat dari dalam dan luar negara.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading