NEGARA ISLAM PERLU SENADA, HERET ISRAEL KE MUKA PENGADILAN – PM ANWAR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara-negara Islam untuk senada dan tegas dalam menuntut keadilan buat rakyat Palestin dengan memastikan Israel diheret ke muka pengadilan atas segala jenayah dan kezaliman dilakukan terhadap rakyat negara itu.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara-negara Islam untuk senada dan tegas dalam menuntut keadilan buat rakyat Palestin dengan memastikan Israel diheret ke muka pengadilan atas segala jenayah dan kezaliman dilakukan terhadap rakyat negara itu.
Anwar berkata pandangan itu disuarakan beliau ketika menghadap Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman di Istana Yamamah, sebelum menutup lawatannya ke Riyadh, bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
“Di samping terus memperjuangkan hak perlindungan dan akses bantuan kemanusiaan, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin, yang menjadi punca utama konflik ini berpanjangan,” katanya dalam catatan di media sosialnya.
Anwar berada di Arab Saudi selama dua hari bagi menyertai Mesyuarat Khas WEF yang berakhir semalam, yang turut dihadiri lebih 1,000 peserta termasuk ketua-ketua negara dan kerajaan selain pemimpin perniagaan serta industri.
Anwar berkata beliau turut mengambil kesempatan dalam pertemuan dengan Putera Mahkota itu untuk menzahirkan penghargaan terhadap kepemimpinan dipamerkan Kerajaan Arab Saudi dalam urusan hal ehwal umat Islam, termasuk dalam konflik Palestin-Israel.
Selain itu Anwar berkata perbincangan beliau dengan Putera Mahkota Arab Saudi turut menyentuh soal hubungan dua hala Malaysia dan Arab Saudi serta isu-isu serantau.
“Penghargaan turut saya berikan kepada Kerajaan Arab Saudi yang bermurah hati memperuntukkan 31,600 kuota haji untuk Malaysia tahun ini.
“Di akhir pertemuan, saya mengulangi jemputan buat Putera Mahkota untuk melakukan kunjungan rasmi ke Malaysia sesegera mungkin,” katanya.
Anwar percaya lawatan beliau dan delegasi Malaysia kali ini telah memperkukuhkan lagi hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi, di samping membuka pelbagai potensi pelaburan yang bakal menyumbang kepada kemakmuran rakyat Malaysia keseluruhannya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.