Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NETANYAHU IKRAR BINA 5,200 UNIT PENEMPATAN HARAM TAMBAHAN DI TIMUR BAITULMAQDIS

DUNIA

NETANYAHU IKRAR BINA 5,200 UNIT PENEMPATAN HARAM TAMBAHAN DI TIMUR BAITULMAQDIS

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel semalam mendedahkan rancangannya membina 5,200 unit penempatan haram di timur Baitulmaqdis yang diduduki rejim zionis.

Agensi berita Anadolu yang memetik Jerusalem Post melaporkan Benjamin Netanyahu sebagai berkata, 2,200 unit rumah akan dibina di Har Homa, manakala 3,000 unit rumah lagi akan dibangunkan di penempatan Givat Hamatos.

Netanyahu berkata penempatan di Har Homa dibina ketika beliau menjadi Perdana Menteri buat kali pertama pada 1997 ketika ini terdapat 40,000 peneroka Israel.

Pengumuman Netanyahu dibuat diambang pilihraya Israel pusingan ketiga yang dijadualkan 2 Mac depan.

Undang-undang antarabangsa menyifatkan Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis sebagai wilayah yang dijajah dan menganggap semua aktiviti pembinaan penempatan Yahudi di situ sebagai haram. –Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading