Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REJIM SYRIA SIAP SEDIA SERANG ORANG AWAM, SALAHKAN TURKI

DUNIA

REJIM SYRIA SIAP SEDIA SERANG ORANG AWAM, SALAHKAN TURKI

ANKARA: Tentera rejim Bashar al-Assad di Syria sedang bersedia untuk menyerang penempatan orang awam di Aleppo dan kemudian menyalahkan Turki kerana “menyasarkan orang awam,” demikian menurut kumpulan penentang di Idlib, barat laut Syria.

Agensi berita Anadolu melaporkan kumpulan penentang itu berjaya menyusup masuk ke dalam elemen rejim Assad.

Mereka mendakwa pasukan rejim sedang bersedia untuk menyerang kawasan kejiranan al-Hamdaniyah di Aleppo dan kemudian akan menyalahkan Turki kerana menyasarkan warga awam di sana, sekaligus memulakan kempen memburukkan Turki.

Tentera rejim Assad mengawal pusat bandar Aleppo sepenuhnya sejak Disember 2016.

Khamis lalu, kumpulan penentang memulakan operasi untuk mengambil semula penempatan yang dikuasai pasukan rejim di selatan Idlib. Pasukan penentang bergerak ke kampung al-Nayrab, barat laut wilayah Saraqib. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading