Noh berkata tindakan itu bukan disebabkan berkecil hati apabila digugurkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) namun cara dirinya tidak dicalonkan ibarat Presiden parti tidak menghargai sumbangan beliau membangunkan UMNO Selangor selama ini.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor selepas menghadiri Mesyuarat Biro Politik UMNO di Menara Dato Onn, hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Tan Sri Noh Omar hari ini secara rasmi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Noh berkata tindakan itu bukan disebabkan berkecil hati apabila digugurkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) namun cara dirinya tidak dicalonkan ibarat Presiden parti tidak menghargai sumbangan beliau membangunkan UMNO Selangor selama ini.
“Apabila beliau tidak ada kepercayaan kepada saya… saya nak umumkan hari ini bahawa saya dengan rasmi meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor kerana bukan sahaja Presiden tidak percaya terhadap saya, saya pun dah hilang kepercayaan kepada Presiden,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Biro Politik UMNO di Menara Dato’ Onn di sini.
Walaupun sudah meletak jawatan, Noh berkata beliau masih Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan akan menghadiri mesyuarat itu namun tidak akan lagi hadir untuk Mesyuarat Biro Politik selepas ini.
Noh juga berkata pada Mesyuarat Biro Politik hari ini, beliau meminta Ahmad Zahid supaya berjiwa besar dan berundur daripada jawatan Presiden UMNO.
“Saya pun tadi minta kalau Presiden berjiwa besar, dia patut letak jawatan sebagaimana dulu Datuk (Seri) Najib (Tun Razak) bila kalah… dia dipaksa letak jawatan maka biarlah orang baharu menguruskan UMNO,” katanya.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin pula berkata kekalahan teruk BN pada PRU15 menunjukkan semua pemimpin parti itu perlu bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat oleh rakyat kerana ia adalah kolektif.
“Jadi kalau letak jawatan, semualah kena letak jawatan termasuk saya, bukan Presiden sahaja,” katanya yang turut mengakui kekalahan itu adalah paling teruk dalam sejarah UMNO dan BN.
Beliau berkata rakyat telah memilih menolak UMNO serta BN dan parti itu harus menerimanya namun menegaskan akan berusaha cara lain untuk memberi nafas baharu kepada rakyat.
“Setiap parti perlu mentransformasikan parti masing-masing sebab senario pada kali ini berbeza dengan PRU lalu… akan datang pun mungkin berbeza sebab itu kita kena pragmatik dalam tentukan hala tuju dan masa depan kita.
“Kita akan pastikan UMNO dan BN akan terus memberi nafas baharu kepada rakyat di bawah (akar umbi) dan kita akan memikirkan cara terbaik untuk pastikan (parti) akan bertahan,” katanya yang juga Pengerusi BN Sabah.
Berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya setakat 4.30 pagi tadi, BN hanya memperoleh 30 kerusi pada PRU15. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.