Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN PERSEKUTUAN AKAN DIBENTUK DALAM MASA TERDEKAT – MUHYIDDIN

DALAM NEGARA

KERAJAAN PERSEKUTUAN AKAN DIBENTUK DALAM MASA TERDEKAT – MUHYIDDIN

“Rundingan juga sedang dibuat dengan parti-parti lain yang sehaluan dan Ahli Parlimen Bebas. Insya-Allah, kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat,”

Sumber gambar: Facebook Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat.

Menurutnya beliau telah menerima kunjungan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang pagi ini berkenaan perkara itu.

“Rundingan juga sedang dibuat dengan parti-parti lain yang sehaluan dan Ahli Parlimen Bebas. Insya-Allah, kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook dan Twitternya, hari ini.

Beliau turut memuat naik sekeping gambar yang memperlihatkan perbincangan antara beliau, Abdul Hadi dan Abang Johari, yang juga merupakan Premier Sarawak.

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam menyaksikan situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan baharu.

Pakatan Harapan (PH) memenangi 82 kerusi, PN (73); Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (GPS) (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (6); Warisan (3); Bebas (2) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) serta Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing meraih satu kerusi.

Semalam Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata PN sedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti yang dapat menerima prinsip dan perjuangan gabungan itu dalam membentuk kerajaan yang bersih dan stabil, kecuali dengan PH. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading