NURUL AIN, SUAMI WARGA PALESTIN SELAMAT TIBA DI MALAYSIA
Nurul Ain, 37, dan suaminya berada di Gaza sejak 1 Okt lepas untuk melawat keluarga mentuanya sebelum pergolakan di Gaza tercetus 7 Okt lepas, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini melalui penerbangan Qatar Airways dari Doha, Qatar.
SEPANG: Rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron, yang dibawa keluar dari Gaza, melalui sempadan Rafah di Mesir selamat tiba di tanah air malam tadi bersama suaminya warga Palestin Mohamed A.M. Shaat.
Nurul Ain, 37, dan suaminya berada di Gaza sejak 1 Okt lepas untuk melawat keluarga mentuanya sebelum pergolakan di Gaza tercetus 7 Okt lepas, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini melalui penerbangan Qatar Airways dari Doha, Qatar.
“Saya (berjaya) keluar dari Gaza dan serahkan mereka (rakyat Palestin) dalam jagaan Allah”, kata Nurul Ain ketika ketibaan yang disambut dalam suasana hiba oleh bapanya Haron Hamim, 65, dan ibu Mastura Yusof, 61 serta adik perempuan Puteri Dania Qistina, 15 dan sanak saudara.
Ketika ditanya perasaannya setelah selamat keluar dari Gaza, Nurul Ain berkata beliau dan suaminya tidak mahu meninggalkan Gaza pada mulanya memandangkan keluarga mentuanya masih berada di sana namun keadaan semakin buruk.
“Keadaan menjadi semakin buruk daripada (konflik) 2014. Jadi saya dan suami kena keluar kerana dia perlu bekerja dan jika tak sambung (kerja) macam mana nak sara keluarga kita,” katanya sambil menambah Mohamed ialah seorang doktor perubatan di Dubai.
Beliau berkata terdapat ahli keluarga suaminya yang syahid dan rumah mereka terkena serangan misil.
“Bukan satu tetapi lapan misil. Muka mereka hancur langsung tak nampak,” katanya dalam nada sebak.
Beliau turut merakam penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Wisma Putra dan Kedutaan Mesir dalam usaha membawa beliau keluar dari Gaza.
Nurul Ain berkata sekiranya beliau masih berada di Gaza, dia tidak dapat membantu memandangkan tiada stok makanan dan juga selimut.
“Lebih baik saya keluar dari Gaza untuk saya ambil langkah seterusnya. Insya-Allah,” katanya.
Ditanya perancangannya untuk membantu rakyat Palestin, Nurul Ain berkata beliau akan berikhtiar untuk menghantar bantuan dengan memindahkan sumbangan yang diterima ke Dubai.
“Kita akan cari penyelesaian lain untuk hantar (bantuan). Pindahan (sumbangan) ke Dubai dan berurusan dengan pemborong di sana. Semoga Allah permudahkan,” katanya.
Sementara itu, ayah Nurul Ain menzahirkan kesyukuran atas kepulangan anaknya dengan bantuan Kerajaan Malaysia dan Mesir.
“Mula-mula terasa menakutkan dengan perkataan genosid (di Gaza) tetapi melihat Nurul Ain buat amal bakti, sejuk hati sebagai seorang ayah. Lihat wajah dia begitu kuat jati dirinya jadi sebagai ayah saya kena lebih kuat supaya semangat dia tidak turun,” katanya.
Turut menyambut Nurul Ain adalah Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan pegawai Wisma Putra.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt lepas telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager