NZ: Sebanyak 30 juta derma terkumpul untuk mangsa

Solidariti berterusan ditunjukkan masyarakat New Zealand terhadap komuniti Islam di negara tersebut. – Foto Sinar Harian

WELLINGTON, 25 Mac – Sejumlah NZ$10.8 juta (RM30 juta) sumbangan awam telah dikumpul bagi membantu ahli keluarga 50 mangsa yang terkorban susulan serangan masjid di Christchurh pada 15 Mac lalu.

Sinar Harian memetik laporan AFP menyebutkan laman sesawang GiveaLittle.co.nz berkata, ia menerima NZ$8,271,847 (RM23 juta) daripada 91,000 penderma, manakala LaunchGood.com yang memfokuskan kepada komuniti Muslim menerima sumbangan berjumlah NZ$2,546,126 (RM7 juta) daripada 40,000 penderma.

Susulan serangan pengganas tempoh hari, rakyat New Zealand tidak putus-putus menzahirkan solidariti terhadap komuniti Muslim yang terkesan, sekaligus menidakkan ‘kemenangan’ buat pengganas yang cuba menyebarkan ideologi jahat di negara yang dihuni kira-kira 4.5 juta penduduk itu.

Leave a Reply