Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Doktor Palestin ditahan zionis

DUNIA

Doktor Palestin ditahan zionis

Foto Sinar Harian

RAMALLAH, 25 Mac – Pasukan keselamatan Israel menahan seorang doktor Palestin di kawasan kejiranan Tel Rumeida di Tebing Barat, semalam.

Sinar Harian melaporkan daripada sumber tempatan berkata, doktor terbabit dikenali sebagai Suzan Al-Sulaima telah ditahan selama hampir sejam berhampiran pos pemeriksaan Kota Lama Hebron.

Ia menambah, doktor terbabit kemudian dibawa ke lokasi tidak diketahui.

Malah, alasan penahanannya juga tidak jelas.

Difahamkan, Tel Rumeida terletak di dalam kawasan H2 yang ditadbir sepenuhnya oleh tentera Isreal.

Penduduk Palestin yang menetap di kawasan H2 sering berdepan karenah birokrasi Zionis apabila terpaksa melalui hampir 20 pos pemeriksaan termasuk jika mahu memasuki Masjid Ibrahimi.

Manakala, pendatang Yahudi diberi kebebasan seperti memandu kenderaan dan membawa senjata api.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading