Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

OKU HIDAP HIDROSEFALUS GIGIH BERNIAGA CARI REZEKI

DALAM NEGARA

OKU HIDAP HIDROSEFALUS GIGIH BERNIAGA CARI REZEKI

KUALA TERENGGANU: Kecacatan fizikal bukan menjadi alasan kepada Muhammad Akhir Abdul Aziz, 40, untuk berpeluk tubuh dan hanya mengharapkan bantuan bagi meneruskan hidup.

Orang kurang upaya (OKU), Mohamad Akhir Abd Aziz, 40, menggunakan motosikal roda tiga yang dinamakan ‘Kedai Runcit Bergerak’ bagi menjual peralatan dapur dan makanan ringan di Jalan Sungai Rengas. — Bernama

KUALA TERENGGANU: Kecacatan fizikal bukan menjadi alasan kepada Muhammad Akhir Abdul Aziz, 40, untuk berpeluk tubuh dan hanya mengharapkan bantuan bagi meneruskan hidup.

Sebaliknya, dia yang berasal dari Kampung Sungai Rengas di sini menjadikan kekurangan itu sebagai motivasi untuk membuktikan kemampuannya berdikari tanpa mengharapkan belah ihsan sesiapa.

Muhammad Akhir berkata dia menghidap penyakit hidrosefalus (lebihan cecair dalam otak) sejak lahir hingga menyebabkan saiz kepalanya lebih besar berbanding manusia normal.

Dia berkata selepas tiga kali pembedahan keadaannya menunjukkan perubahan positif namun masih tidak mampu melakukan kerja berat seperti orang lain.

“Sebagai orang kurang upaya (OKU), saya memang mendapat bantuan sebanyak RM450 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Tetapi bantuan tersebut pastinya tak cukup untuk menampung hidup pada masa sekarang. Jadi, saya mengambil inisiatif berniaga barang runcit secara kecil-kecilan menggunakan motosikal roda tiga sejak Mac lepas,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Rengas hari ini.

Muhammad Akhir berkata setiap bulan dia mampu meraih pendapatan sekitar RM2,000 hingga RM2,500 hasil jualan pelbagai barangan seperti mi segera, makanan ringan, cerek, kipas kecil dan minuman.

Dia akan keluar berniaga di sekitar taman perumahan, sekolah, masjid dan kawasan kampung seawal 11 pagi hingga 6.30 petang setiap hari.

“Masyarakat setempat amat baik dan menyokong perniagaan saya. Ibu bapa akan hubungi saya untuk dapatkan makanan dan minuman ringan kerana mereka berpendapat dengan cara ini anak-anak lebih lebih selamat dan tidak perlu keluar rumah,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading