PEMUZIK JALANAN AJAR ANAK AJARAN SESAT DIHUKUM TIGA BULAN PENJARA
Seorang pemuzik jalanan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Seremban hari ini selepas mengaku bersalah mengajar ajaran sesat Millah Abraham di sebuah rumah di Gemas, tahun lepas.
SEREMBAN: Seorang pemuzik jalanan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini selepas mengaku bersalah mengajar ajaran sesat Millah Abraham di sebuah rumah di Gemas, tahun lepas.
Hakim Zulfikri Yasoa membuat keputusan itu selepas Norasid Md Said, 50, mengaku mengajar ajaran berlawanan hukum syarak kepada anak lelakinya berusia 16 tahun dengan menyatakan bahawa akan ada “nabi selepas Nabi Muhammad iaitu nabi Messias”.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Felda Palong 3 antara pukul 8 malam hingga 11.59 malam dari 1 Jun hingga 30 Jun 2023.
Pertuduhan mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 pindaan 2019, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya.
Kes dikendalikan oleh Pendakwa Syarie Abdul Wafi Ramli, Mohd Hafiz Mohd Lazim dan Nor Bazilah Abdul Basir manakala Norasid tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Abdul Wafi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan mengambil kira perbuatan itu menjejaskan kesucian agama Islam.
“Hukuman berat perlu diberikan, modus operandi dilakukan dengan penyebaran ajaran sesat kepada ahli keluarga. Tertuduh juga mengaku bersalah mengajar ajaran salah kepada isterinya di mahkamah ini pada 11 Julai lepas,” katanya.
Abdul Wafi berkata Millah Abraham merupakan isu nasional yang perlu dibanteras kerana penyebaran ajaran sesat itu turut dikesan di Johor baru-baru ini.
Norasid yang mempunyai tiga anak, memohon hukuman penjara bermula pada tarikh ditangkap serta tidak mengenakan denda tinggi kerana tiada pendapatan tetap.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berturutan daripada tarikh hukuman penjara yang lepas.
Tertuduh kini menjalani hukuman sebulan penjara dan turut didenda RM2,000 oleh mahkamah sama atas pertuduhan mengajar ajaran Millah Abraham kepada isterinya, tahun lepas.
Dalam pada itu, Norasid mengaku tidak bersalah mengajar ajaran sesat kepada seorang wanita berkaitan ayat al-Quran berlawanan dengan hukum syarak mengenai ayat surah Al-Fatihah.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Harmoni pada 5 petang 24 April 2023 mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 pindaan 2019.
Sebutan semula kes pada 14 Okt ini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager