Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR TINGKATAN LIMA MAUT DIHEMPAP POKOK DURIAN

DALAM NEGARA

PELAJAR TINGKATAN LIMA MAUT DIHEMPAP POKOK DURIAN

SIK: Seorang pelajar tingkatan lima yang dalam perjalanan ke sekolah maut selepas dihempap pokok durian di Kampung Charuk Sireh di sini pagi tadi.

SIK: Seorang pelajar tingkatan lima yang dalam perjalanan ke sekolah maut selepas dihempap pokok durian di Kampung Charuk Sireh di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdull Razak Osman berkata ketika kejadian mangsa Muhammad Assif Md Zahid, 17, dikatakan menunggang motosikal bersendirian menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Lapan.

Beliau berkata pihaknya mendapat laporan daripada ibu mangsa pada 7.44 pagi yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

“Siasatan awal telah dijalankan dan tidak menemui sebarang kesan jenayah atau khianat. Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sik untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Difahamkan kawasan tersebut mengalami hujan sepanjang malam hingga pagi tadi dan tiada saksi yang melihat kejadian itu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading