Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Oman mahu buka kedutaan di Palestin

DUNIA

Oman mahu buka kedutaan di Palestin

Sultan Qaboos membuat keputusan untuk membuka misi diplomatik di Palestin.

MUSCAT, 27 Jun – Oman semalam memaklumkan ia memutuskan untuk membuka kedutaan di wilayah Palestin sebagai tanda sokongan kepada penduduk Palestin.

Sinar Harian yang memetik laporan AFP menyebutkan keputusan itu menjadikan Muscat sebagai negara Teluk Arab pertama berbuat demikian.

Ia bertepatan dengan bengkel ekonomi diterajui Amerika Syarikat (AS) di Bahrain untuk mendedahkan pelan damai Timur Tengah kontroversi yang dijangka tidak akan mengiktiraf kemerdekaan Palestin.

“Sebagai simbol sokongan berterusan, pemerintah Oman, Sultan Qaboos Said al Said memutuskan untuk membuka misi diplomatik di peringkat kedutaan di Palestin,” kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan di Twitter.

Delegasi dari Kementerian Luar akan ke Ramallah untuk mengambil langkah yang perlu bagi pembukaan kedutaan tersebut.

Difahamkan, Oman tidak menyertai bengkel ekonomi di Manama tersebut di mana pentadbiran Presiden AS, Donald Trump berharap dapat meningkatkan pelaburan AS$50 bilion (RM207 bilion) untuk memperbaiki keadaan ekonomi Palestin.

Persidangan itu turut diboikot Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang bimbang pentadbiran AS akan menggunakan wang untuk melaksanakan penyelesaian politik pro-Israel.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading