OPR DIJANGKA BOLEH TERUS KEKAL PADA KADAR 2.75 PERATUS – RAFIZI
PUTRAJAYA: Kadar dasar semalaman (OPR) boleh terus kekal pada paras 2.75 peratus sekiranya kadar inflasi di negara ini terus mereda pada bulan-bulan akan datang, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bercakap pada sidang media Penerbitan Harga Indeks Harga Pengguna (IHP) Disember 2022 di sini, hari ini. — Bernama
PUTRAJAYA: Kadar dasar semalaman (OPR) boleh terus kekal pada paras 2.75 peratus sekiranya kadar inflasi di negara ini terus mereda pada bulan-bulan akan datang, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata kadar inflasi pada Disember 2022 mereda kepada 3.8 peratus berbanding 4.0 peratus pada November 2022 seperti yang diumumkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada Jumaat lepas.
Rafizi berkata antara faktor yang memacu inflasi di pasaran tempatan, sebahagian besarnya disumbangkan oleh harga makanan.
“Jika OPR pada paras 2.75 peratus dan kadar inflasi terus mereda pada Januari dan Februari ini, itu akan menunjukkan OPR boleh kekal pada 2.75 peratus,” katanya pada sidang media di sini hari ini bagi mengulas mengenai hubung kait antara kenaikan OPR dalam menangani kenaikan inflasi.
Secara teorinya, kata beliau Bank Negara (BNM) akan menggunakan dasar monetari iaitu menerusi OPR untuk mengekang tekanan kenaikan inflasi di pasaran tempatan.
“Apabila inflasi meningkat lebih cepat, kemudiannya anda mahu mengehadkan permintaan, jadi caranya adalah dengan menaikkan OPR.
“Perkara ini memerlukan banyak usaha. Kita masih boleh mengurangkan inflasi di samping mengekalkan OPR. Sekiranya kita lebih peka dengan harga, kita diharap boleh mengekalkan OPR pada paras semasa yang dimahukan rakyat,” katanya.
Pada 19 Januari lepas, BNM menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari membuat keputusan untuk mengekalkan OPR pada paras 2.75 peratus selepas empat kenaikan secara berturut-turut.
Kenaikan OPR empat kali berturut-turut sejak tahun lepas bermula Mei, Julai, September dan November dengan masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.
Rafizi berkata kadar inflasi di negara ini dilihat semakin reda dan ia memberi petanda baik dalam usaha mengawalnya untuk kembali ke paras normal sebelum ini iaitu sekitar lebih dua peratus.
Menurutnya kadar inflasi pada tahun lepas dilihat memuncak pada Ogos dan September dengan masing-masing berada pada paras 4.7 peratus dan 4.5 peratus.
“Graf dilihat menurun dan itu satu petanda baik. Kita berharap ia akan beransur ke paras inflasi yang lebih normal iaitu paras sebelumnya sekitar lebih dua peratus,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.