Penasihat Association of NextGen Christian of Malaysia (ANCOM), Jason Leong
Penasihat Association of NextGen Christian of Malaysia (ANCOM), Jason Leong dalam program ‘Sila Duduk Jangan Lari’ TV Alhijrah menyatakan lambang salib besar yang dibuat di Pulau Pinang adalah ‘tidak perlu’.
“Di Malaysia, kita memang tahu apa sensitiviti bangsa dan kaum yang lain, kami peka, dan kami tidak akan membuat perkara sedemikian.
“Perlukah saya membuat salib sedemikian besar? Kalau tak perlu dan tak membantu iman saya menjadi lebih teguh, maka tidak perlulah,” jelas Jason.
Dalam program selama satu jam itu, beliau juga mengatakan bahawa lambang salib sememangnya lambang syiar dalam agama Kristian. Namun saiz lambang tersebut tidak langsung berkait rapat dengan tahap keimanan seorang Kristian, dan tiada keperluan menghasilkan lambang salib berskala besar.
Program Sila Duduk Jangan Lari terbitan TV Hijrah membawakan tajuk perbincangan panas yang jarang dibincangkan secara umum
Pandangan wakil Kristian tersebut disambut baik oleh Mantan Imam Masjid Negara, Datuk Rashidy Jamil al-Rashid.
“Saya merasa gembira dan terharu apabila mendengar daripada penganut Kristian sendiri yang merasa tidak sesuai salib sebesar itu dibuat pada bukan premis ibadat,” katanya Rashidy.
Rashidy juga menjelaskan bahawa isu penentangan majoriti umat Islam terhadap salib besar yang dipamer pada bangunan di Pulau Pinang, bukanlah kerana ‘salibfobia’, tetapi kerana dilihat usaha penegakan lambang syiar agama Kristian yang berkemungkinan mencetuskan ketegangan agama dan kaum.
Beliau mengaitkan tindakan ini sama hampir sama seperti penegasan Kristian menggunakan kalimah Allah beberapa tahun sebelum ini.
Apabila ditanya tentang insiden mengedar Bible kepada pelajar sekolah di Pulau Pinang, Jason menjelaskan bahawa tindakan tersebut dilakukan oleh orang luar.
“Ia (pengedaran Bible) dilakukan orang luar negeri, bukan oleh gereja Malaysia.
“Ramai orang Kristian dari luar negeri, kadang-kadang nampak budak-budak Mat Saleh, mereka datang sini cuba membuat usaha pengembangan Kristian.
“Mereka tak sedari bahawa tindakan mereka melanggar undang-undang,” jelas Jason.
Jason turut menegaskan bahawa penyebaran agama lain kepada umat Islam adalah dilarang menurut undang-undang di Malaysia.
Beliau juga mendedahkan bahawa pentadbiran agama Kristian di Malaysia adalah tidak seragam.
“Masalahnya terlalu banyak gereja dan bukan semua gereja di bawah suatu payung (persatuan).
“Banyak gereja bebas. Sukar menjejak siapa yang membuat perbuatan tertentu.
“Malah ada gereja yang terdiri daripada keseluruhan orang asing. Mereka beroperasi tanpa kebenaran tanpa pengetahuan,” dedah Jason.
Beliau mencadangkan pihak imigresen untuk memantau kemasukan paderi-paderi Kristian, walaupun menyedari bahawa usaha itu sukar kerana ramai yang masuk ke dalam negara atas tujuan bercuti.
Jason Leong juga menyatakan harapan agar semua pihak dapat bekerjasama mengekalkan keamanan agar tidak terjadi seperti di negara lain, khususnya China.
“Untuk komuniti Kristian juga tidak terdapat penindasan seperti mana di China, salib dikeluarkan, dibakar, gereja diruntuhkan.
Di Malaysia kita harus bersyukur dan hargai.” kata Jason.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
Ahmad dahni
16 February 2019 at 1:38 PM
Jason,jaga keluarga sendiri dahulu baik baik baru la kamu kayak jadi penasihat