Lampu di Grace Residence di Jelutong, Pulau Pinang membentuk lambang salib gergasi
Isu paparan lambang salib di Grace Residence, Pulau Pinang yang tersebar di media sosial telah menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini. Ada pihak yang mendakwa pemaju projek perumahan berkenaan terlibat dengan agenda kristianisasi. Agak malang sekali jika isu sebegini dieksploitasi oleh sesetengah pihak yang berkepentingan, sama ada kepentingan politik atau lain-lainnya. Akibatnya, keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini boleh terjejas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid
Yusof dilaporkan menggesa agar isu ini tidak disensasikan sehingga membawa
perkara-perkara yang boleh menimbulkan kepada kebencian. Mufti Pulau Pinang,
Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor pula dilapor berkata isu ini mampu
diselesaikan dengan mudah jika semua pihak sedia bertolak ansur demi kebaikan
bersama, selain Perlembagaan Persekutuan melarang usaha mempromosi atau
menyebarkan agama lain dalam kalangan masyarakat Islam.
Tidak dinafikan isu-isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini mestilah dielakkan. Begitulah juga sebaliknya, isu-isu yang boleh menyinggung perasaan orang bukan Islam mestilah dielakkan. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, tentunya ada perbezaan pandangan dalam kalangan anggota masyarakat berdasarkan kepercayaan dan kefahaman masing-masing. Perbezaan ini mestilah diuruskan dengan baik dan diselesaikan di dalam suasana yang saling menghormati. Sebarang kekeliruan dan permasalahan yang timbul hendaklah diselesaikan di meja perbincangan.
Dalam hal ini, kempen-kempen kesedaran dan
program-program tertentu bolehlah dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan
persefahaman dan perpaduan di antara sesama anggota masyarakat.
Pemimpin-pemimpin masyarakat, ahli-ahli politik dan juga tokoh-tokoh agama
mestilah memainkan peranan masing-masing sebagai ejen yang menyatukan
masyarakat, bukan ejen yang memecah-belah.
Sementara itu, bagi umat Islam di negara ini, mungkin persoalan-persoalan yang perlu kita tanya pada diri kita adalah seperti berikut:
Apakah isu sebenar yang menimbulkan kegelisahan kita dari insiden ini?
Bagaimana paparan simbol salib memberi kesan kepada pegangan agama dan aqidah kita?
Adakah kita merasakan maruah agama kita dihina?
Adakah golongan bukan Islam di negara ini telah melanggar hak umat Islam atau undang-undang negara?
Beberapa persoalan lain yang berkaitan boleh ditimbulkan
juga. Namun, cukuplah dahulu dengan beberapa persoalan di atas sebagai pencetus
untuk mengajak kita berfikir.
Ketika kita sedang risau dengan paparan lambang salib
yang menghiasi bangunan di Pulau Pinang, di luar sana ada anak-anak Melayu
Islam yang tidak mempunyai makanan yang mencukupi, remaja yang sedang dibuai
dengan keseronokan yang melalaikan, bayi-bayi kecil tidak sah taraf yang
ditinggalkan, ibu-ibu tunggal yang terpinggir dan pelbagai lagi anggota
masyarakat yang nasib mereka belum terbela. Pada ketika kita gelisah dengan
ancaman yang datang dari luar, apakah peranan yang kita boleh mainkan untuk
mengubat penyakit yang melanda umat Islam setelah sekian lama? Apakah sumbangan
yang kita boleh berikan untuk membina umat Islam di negara ini?
Justeru, marilah kita kembali kepada perkara-perkara pokok yang dapat meningkatkan jati diri umat Islam dan tidak terlalu terbawa-bawa dengan perkara-perkara remeh temeh. Apakah keutamaan umat Islam pada hari ini dan bagaimana kita dapat menyumbang ke arah mencapai matlamat yang lebih besar demi memartabatkan umat Islam di Malaysia? Bukankah di antara perkara yang paling pokok bagi orang Islam ialah pendidikan akidah dan keimanan yang seterusnya dapat melahirkan generasi ulung sepertimana generasi para sahabat Rasulullah s.a.w. dan zaman kegemilangan Islam yang terdahulu?
Sehubungan dengan itu juga, marilah kita mulakan usaha-usaha
pengislahan dengan diri dan keluarga kita dan pada masa yang sama menyumbang ke
arah pembinaan masyarakat dan negara. Firman Allah swt:
“Sesungguhnya Allah tidak
akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada di dalam
diri mereka”. (Ar-Rad: Ayat 11)
Nasib umat Islam hanya dapat berubah apabila kita dapat
mengubah diri kita ke arah yang lebih baik seperti ajaran Islam. Perubahan ini
hanya akan berlaku melalui pendidikan dan tarbiah yang berterusan serta melalui
usaha-usaha yang tersusun dan strategik. Pendekatan-pendekatan pendidikan yang
bersesuaian dengan zaman dan kumpulan sasaran hendaklah diambil untuk
melahirkan generasi umat Islam yang mampu mengembalikan kita kepada zaman
kegemilangan.
Begitulah juga, ceramah-ceramah yang diadakan di
masjid-masjid dan surau-surau mestilah membawa mesej yang relevan dengan
permasalahan yang dihadapi masyarakat. Rancangan-rancangan yang dipapar melalui
saluran media pula mestilah membawa nilai-nilai murni yang bersesuaian dengan Islam dan juga demografi
penonton, sama ada golongan tua atau pun kanak-kanak, warga kota atau pun desa.
Pihak media juga, walaupun beroperasi di dalam suasana yang bebas, mestilah berperanan
untuk mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat di negara ini.
Rumusannya, marilah kita melihat dan menilai sesuatu perkara dengan perspektif yang lebih luas dan tidak mudah melatah di dalam mengeluarkan kata-kata atau mengambil apa-apa tindakan. Di dalam apa juga keadaan, kita mestilah bijak menilai apa yang sepatutnya menjadi keutamaan dengan menggunakan kaedah yang dianjurkan Islam mahupun kaedah pengurusan moden. Bukankah keadilan itu bermaksud meletakkan sesuatu pada tempat yang sepatutnya?
Penulis: Mohammad Abdul Hamid,YDP IKRAM Bandar Tun Razak
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Sdr abd hamid meminta kita meluaskan skop dakwah dan tidak menyempitkannya dgn pandangan yang kononnya ketinggalan dan jumud..tapi secara tak lngsung akhi ni pun buat benda yg sama..ibarat zaman dulu2 bila bdakwah mesti buka kilang kicap kata org al arqam..atau kita kena hidupkn sunnah macam bercelak atau bersugi spt kt org tabligh…maaf ni sebagai contoh shj..akhi ni minta mereka2 yg perjuangkan islam dlm skop garis ammah ini utk menjejaki dan meninggalkan perjuangan sediada kpd perjuangan yg berbentuk khidmat masyrakt yg mana popular di kalangan gerakan2 islah sdiada. Bagi saya lagi baik kita bersikap terbuka..kita dgn cara dan methode kita..org lain biarkan dgn cara mereka asalkn memberi manafaat kpd islam.kalau tidak mcm tu lah..jamaah aku saja yg betul..ikut cara aku..kita kena paham kerja banyak kena buat ibarat tikar yg sudah banyak koyaknya..jahit lah mana2 pun dn janganlah salah menyalah dan lagi teruk kita minta org lain menjahit tempat yg sama kita jahit.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
Hris
19 January 2019 at 2:54 PM
Sdr abd hamid meminta kita meluaskan skop dakwah dan tidak menyempitkannya dgn pandangan yang kononnya ketinggalan dan jumud..tapi secara tak lngsung akhi ni pun buat benda yg sama..ibarat zaman dulu2 bila bdakwah mesti buka kilang kicap kata org al arqam..atau kita kena hidupkn sunnah macam bercelak atau bersugi spt kt org tabligh…maaf ni sebagai contoh shj..akhi ni minta mereka2 yg perjuangkan islam dlm skop garis ammah ini utk menjejaki dan meninggalkan perjuangan sediada kpd perjuangan yg berbentuk khidmat masyrakt yg mana popular di kalangan gerakan2 islah sdiada. Bagi saya lagi baik kita bersikap terbuka..kita dgn cara dan methode kita..org lain biarkan dgn cara mereka asalkn memberi manafaat kpd islam.kalau tidak mcm tu lah..jamaah aku saja yg betul..ikut cara aku..kita kena paham kerja banyak kena buat ibarat tikar yg sudah banyak koyaknya..jahit lah mana2 pun dn janganlah salah menyalah dan lagi teruk kita minta org lain menjahit tempat yg sama kita jahit.