LIMA tahun lalu, Iran merangka draf perundangan berkaitan larangan
menyimpan anjing atau membawanya bersiar-siar di tempat awam. Draf tersebut
yang pada waktu itu ditandatangani 32 anggota parlimen turut mengenakan denda
tinggi terhadap pesalah. Mengikut perundangan tersebut, pemilik anjing yang
didapati bersalah bakal dikenakan 74 sebatan atau didenda antara 10 juta riyal
(RM1,300) hingga 100 juta riyal (RM12,500).
Pihak berkuasa tempatan merupakan pihak bertanggungjawab melakukan pemantauan terhadap anjing-anjing liar mahupun anjing perliharaan yang dibiarkan di tempat awam. – Gambar hiasan
Walaupun jarang menjadi haiwan peliharaan di sana, masih terdapat
pencinta dalam kalangan berada memiliki anjing secara sembunyi dan membawanya
bersiar-siar di tempat awam. Namun apabila terserempak dengan polis moral Iran
yang menjaga tempat awam, mereka memberi amaran kepada pemilik atau kadangkala
merampas haiwan itu.
Ini kerana menurut perundangan itu, membela anjing dianggap merosakkan
kebudayaan Islam selain menggugat kebersihan dan ketenangan orang lain terutama
wanita dan kanak-kanak, selain mengekang penularan budaya Barat dalam kalangan
orang Islam di sana.
Pendek kata, daripada penguatkuasaan dan perhatian terhadap isu membela
anjing di Iran, menunjukkan bahawa kepentingan awam sangat mustahak
dititikberatkan untuk melahirkan situasi harmoni dalam kehidupan bermasyarakat,
khususnya bagi kehidupan berjiran.
Hal ini bertepatan dengan ajaran Islam sebagai agama yang menjamin
keselamatan kepada penganutnya dan kepada sekalian alam, yang sentiasa
menekankan betapa pentingnya menjalinkan hubungan erat dalam kalangan
masyarakatnya. Suruhan tersebut tidak hanya terhad kepada sesama masyarakat
Islam sahaja malahan melepasi batas agama, bangsa, keturunan, warna kulit,
bahasa dan sebagainya.
Dalam konteks kejiranan, umat Islam diwajibkan menjaga hubungan baik
sesama mereka. Pelbagai garis panduan dan adab sopan digariskan agama supaya hidup
berjiran sentiasa dalam kesejahteraan dan selamat.
Realiti kehidupan hari ini yang dikelilingi oleh manusia yang mempunyai
variasi agama, bangsa, bahasa dan budaya sangat memerlukan kebijaksanaan dalam
menghadapi hidup berjiran. Hanya dengan mengamalkan sikap saling
hormat-menghormati, bertolak ansur dan saling faham memahami dapat mengeratkan
hubungan menyelesaikan segala masalah kejiranan yang mungkin timbul.
Sekiranya masing-masing mengambil peranan dalam membina hidup
bermasyarakat yang sejahtera, kes tuduh-menuduh seperti berlaku baru-baru ini
di Seremban tidak akan berlaku. Dalam kes tersebut yang masih dalam siasatan,
Pengerusi Masjid Ibnu Khaldun Lavender Heights, Mohd. Asna Amin disiasat polis
selepas seorang penduduk mendakwa tiga ekor anjing termasuk seekor miliknya
ditemui mati akibat diracun di taman perumahan itu antara 1 hingga 4 Januari
lalu.
Mohd Asna dilabelkan sebagai pembunuh anjing dan menjadi sasaran
kecaman netizen selepas tangkap layar perbualannya dengan penduduk berhubung isu
anjing di perumahan itu menerusi aplikasi WhatsApp menjadi tular.
Sikap tidak menghormati hak jiran dengan membiarkan binatang peliharaan berkeliaran di tempat awam boleh mewujudkan rasa kebencian sesama jiran. – Gambar hiasan.
Menurut beliau lagi, perbuatan membiarkan anjing milik individu berkeliaran
di tempat awam itu telah lama berlaku, malah ada anjing yang menyerang dan
mengancam keselamatan penduduk walaupun aduan telah banyak kali dibuat. Rumah
dan masjid pula sering dimasuki dan dicemari najis anjing.
Kes seumpama ini pernah berlaku kepada penghuni kondominium Glenview
Villa berhampiran Kampung Baru Cheras lima tahun lalu yang terganggu dengan
kucing dan anjing belaan penghuni yang membuang najis di merata aras penempatan
tersebut.
Dua kes di atas membuktikan betapa kurangnya kesedaran amalan sivik dan
moral dalam masyarakat kita, walhal dalam kehidupan berjiran yang berbeza agama
dan budaya, semua pihak perlu memilih jalan tengah yang tidak menyinggung atau
melukakan hati sesama jiran.
Apabila kesucian sesuatu agama itu misalnya dicemar oleh sikap jiran
yang tidak memikirkan hal orang lain, perkara ini boleh merebak menjadi
sentimen kaum atau agama. Hal ini terbukti dalam kes anjing diracun. Tidak
mustahil kes ini membawa kepada perbalahan kaum jika ia tidak ditangani
seadilnya.
Hakikatnya, orang Islam tidak menghina atau memandang kotor kepada
mereka yang memelihara anjing. Tetapi dari sudut agama haiwan itu adalah najis.
Jiran bukan Islam wajar memahami serba sedikit pengertian najis dalam konteks
ini. Sekiranya mereka faham dan ditambah
dengan cakna terhadap hidup berjiran, mungkin sikap tidak bertanggungjawab
seperti membiarkan anjing berkeliaran tidak berlaku.
Tetapi hakikatnya di taman-taman perumahan yang juga didiami oleh orang Islam, adakalanya riuh rendah dengan salakan anjing dari rumah jiran sebelah menyebelah. Tetapi tidak ada jiran yang terdiri daripada orang Islam melarang jiran bukan Islamnya memelihara anjing. Mereka menghormati kedudukan haiwan itu dalam budaya jirannya.
Mereka apologetik untuk menegur suatu yang dilihat sangat
peribadi. Maka sekiranya jiran bukan
beragama Islam ada terselit di hati mereka rasa kenang budi atas toleransi
jiran Islamnya, sudah pasti mereka akan menjaga anjing mereka sebaiknya dan
tidak dibiarkan mengganggu jiran mereka yang sudah banyak berkorban perasaan
itu. Buat baik dibalas baik.
Kontroversi anjing mati diracun ini seharusnya membuka mata kita pada
isu-isu yang lebih domestik sifatnya iaitu tata susila hidup berjiran. Anjing mati diracun di depan masjid mungkin
belum berlaku di tempat lain, tetapi sikap sesetengah jiran yang tidak
menghormati jiran Islamnya terlalu banyak terjadi. Sebenarnya inilah yang lebih
besar berbanding kisah anjing diracun tadi.
Menunaikan hak jiran bukan sahaja diajar dalam Islam, bahkan dalam setiap agama menyeru berbuat baik kepada jiran. Apabila manusia telah mengenepikan ajaran agama, akibatnya pelbagai masalah akan timbul menghantui hidup mereka. Sudah pasti kita tidak mahu kehidupan merimaskan seperti membawa gajet pengusir anjing gelombang ultrasonik setiap kali keluar rumah.
*ROZAIS AL-ANAMY adalah penulis sastera dan penulis bebas di akhbar, majalah dan portal di Malaysia.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Perundangan ttg ancaman Anjing di Iran patut dijadikan contoh tp sayangnya kedudukan Islam di Malaysia kini seolah2 terhina dan dilihat semakin terancam?.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
Mat Piah Teh Deris
18 January 2019 at 8:47 PM
Perundangan ttg ancaman Anjing di Iran patut dijadikan contoh tp sayangnya kedudukan Islam di Malaysia kini seolah2 terhina dan dilihat semakin terancam?.