Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PAS TEGAS CALON TIDAK PERLU ISYTIHAR HARTA – ABDUL HADI

DALAM NEGARA

PAS TEGAS CALON TIDAK PERLU ISYTIHAR HARTA – ABDUL HADI

Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata keputusan PAS untuk tidak mengisytiharkan harta bukan bermaksud parti itu tidak telus, tetapi pendekatan tersebut dilihat sia-sia serta tidak mempunyai keperluan yang mendesak.

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang — fotoBERNAMA

MARANG: PAS menegaskan bahawa tiada keperluan untuk calonnya melakukan pengisytiharan harta seperti yang dibuat oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata keputusan PAS untuk tidak mengisytiharkan harta bukan bermaksud parti itu tidak telus, tetapi pendekatan tersebut dilihat sia-sia serta tidak mempunyai keperluan yang mendesak.

Bagaimanapun beliau berkata PAS tidak mempunyai masalah atau halangan sekiranya ada calonnya yang mahu berbuat demikian mengikut pertimbangan serta kebijaksanaan masing-masing.

“Nak isytihar harta bukan dalam tempoh dua minggu ini. Masyarakat setempat lebih tahu calon kita di tempat masing-masing, jadi buat apa kita nak tunjuk-tunjuk dekat orang. Harta (calon dan pemimpin PAS) tak banyak, orang lain sebut juta-juta..kita ratus ribu tak sampai juta,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata isu kehadiran yang rendah Ahli Parlimen PAS pada sesi persidangan Dewan Rakyat yang dimainkan parti lawan ketika ini, tidak akan menjejaskan sokongan pengundi terhadap Perikatan Nasional (PN).

Katanya kehadiran Ahli Parlimen ke sesi Dewan Rakyat tidak boleh disamakan dengan kehadiran ke sekolah kerana berbeza daripada segi sistem dan perjalanannya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading