Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAKON WANITA MAUT JATUH TINGKAT 22

DALAM NEGARA

PELAKON WANITA MAUT JATUH TINGKAT 22

Pihaknya menerima panggilan memaklumkan orang awam menemui mayat mangsa, 26 tahun, di bahagian bawah pangsapuri tersebut.

JOHOR BAHRU: Seorang wanita maut dipercayai terjatuh dari tingkat 22 di sebuah pangsapuri di kawasan Taman Iskandar, di sini tengahari semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat, pihaknya menerima panggilan memaklumkan orang awam menemui mayat mangsa, 26 tahun, di bahagian bawah pangsapuri tersebut.

Katanya pihaknya tidak menemui sebarang unsur jenayah terhadap mangsa yang sebelum ini bekerja sebagai pelakon sambilan.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

“Kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Orang ramai yang melihat kejadian boleh tampil memberi maklumat di Balai Polis Taman Pelangi atau hubungi pegawai menyiasat ASP Mat Nawi Ab Rahman di talian 016-5050808.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading