KANAK-KANAK SEMBILAN TAHUN LEMAS KETIKA MANDI DI SUNGAI
A.Suhimi berkata anaknya sering mandi di alur sungai tersebut bersama rakan-rakannya namun semalam paras sungai tersebut meningkat kira-kira dua meter susulan hujan.
CHUKAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di alur sungai Kampung Batu 9, dekat sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata kejadian berlaku ketika mangsa, Muhammad Aman A.Suhimi sedang mandi bersama dua rakannya.
“Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman menerima panggilan pada 5.37 petang daripada MERS999 memaklumkan berlaku kejadian lemas di Kampung Batu 9 Ibok.
“Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, bapa mangsa, A.Suhimi Salleh, 58, berkata jenazah anaknya ditemukan pekebun di ladang kelapa sawit, kira-kira 100 meter dari lokasi anaknya mandi sekitar 5.15 petang.
“Saya tidur selepas solat zohor. Kira-kira 3 petang, anak saya balik dari sekolah dan terus pergi main air (di alur sungai Kampung Batu 9) dengan kawan-kawan. Pagi itu, dia ada sukan di sekolah dan kemudian pada petang, kawannya datang (ke rumah) memberitahu Aman (Muhammad Aman) lemas,” katanya kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Kemaman, malam tadi.
A.Suhimi berkata anaknya sering mandi di alur sungai tersebut bersama rakan-rakannya namun semalam paras sungai tersebut meningkat kira-kira dua meter susulan hujan.
Beliau berkata Muhammad Aman yang merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik juga berkelakuan agak berbeza daripada kebiasaan sejak kebelakangan ini.
“Perangai anak saya memang berbeza sedikit, dia memang mahu saya bersama isteri pergi ke sekolah untuk melihat dia bersukan. Masa pergi ke sekolah itu (Sekolah Kebangsaan Ibok), memang dia suka, di sekolah pun hari ini (semalam), semua cikgu dia salam,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked